Archive for October 2007

Bermulanya episod MPP USIM 07/08

October 30, 2007

Tanggal 29 Oktober 2007, tercatat sejarah sekali lagi MPP USIM menerima pentadbiran baru yang telah diserahkan watikah perlantikan mereka pada pukul 5.00 petang. Majlis yang dirasmikan oleh Y. Bhg Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin (Naib Canselor USIM) diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, Canselori USIM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Ridzwan B Remly ( Biro Pembangunan Insan ) diikuti dengan ucapan dasar oleh YDP MPP USIM 07/08, Saudara Mohd Farid Hj Din selama hampir 25 minit. Turut hadir dalam majlis tersebut TNC HEPA, Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah dan TNC Akademik, Y.Bhg Prof. Dr. Muhamad Muda. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian watikah dan simnbolik serah tugas oleh Saudara Mohd Hariri Mohamad Daud, mantan YDP MPPUSIM 06/07.  Antara perkara utama yang disamapaikan di dalam ucapan dasar tersebut ialah 4 paksi utama perjuangan MPP sesi ini iaitu:

1. Kebajikan Mahasiswa

2. Intelektualisma

 3.  Sahsiah dan Integriti.

4. Pengantarabangsaan.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan bimbinganNya kepada seluruh ahli MPP sesi ini dalam meneruskan kesinambungan kepemimpinan MPPUSIM ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Advertisements