Archive for November 2007

tak sedar diri….

November 30, 2007

Pada suatu petang, seekor anak b**i telah keluar bermain-main di sebuah padang. ia keseekoran sehingga tiba-tiba dia terjumpa dengan anak ayam. “Hai anak ayam… apa khabar? boleh saya main bersama-sama ngan awak?” anak ayam pun menolehkan mukanya ke arah suara tersebut. alangkah terkejutnya anak ayam apabila ia mendapati suara itu adalah seekor anak b**i!!! ia terus berlari-lari ayam lintang pukang sambil menjerit ” ahh.. tidak.. jauhkan dirimu dariku… anak b**i!!!”. Anak b**i kehairanan, “mengapa aku disisihkan?” getus hati si montel itu.

Dia teruskan perjalanannya mengelilingi kampung. Tiba-tiba ia terserempak ngan anak kambing ia pun menyapa. “Hai anak kambing.. apa khabar? sihat ke?” sapa anak b**i dengan penuh kesopanan. Anak kambing terkejut dan terus memecut tanpa menoleh lagi. Sekali lagi anak b**i kesedihan. “Apalah nasibku ini? mereka selalu menyisihkan aku”.

Dalam perjalanan pulang anak b**i tersebut terjumpa dengan anak kera yang sedang bergayut di atas pokok (macam orang bergayut telefon jugak laa..). Tetiba anak kera itu terus pengsan dan jatuh dari pokok. Anak kera yang lain turut lari meninggalkan kawasan tersebut sambil menjerit “anak b**i !!! lari! lari!!!” jerit mereka dengan penuh penghinaan.

Anak b**I tersebut terus pulang ke rumah sambil menangis teresak-esak. Lantas dia bertemu ibunya dan menceritakan kepada ibunya apa yang berlaku. “ Ibu, apa dosa saya sehingga saya dicaci dan dimaki oleh semua binatang lain???” sambil menghentakkan kaki dan mengeluarkan bunyi yang hodoh. Ibunya dengan penuh belaian kasih sayang bertanya pada anaknya “ apa yang mereka katakan padamu nak??” anak kecil itu pun menjawab “tergamak mereka semua memanggilku ‘ANAK B**I’ !!! itu yang menyebabkan saya rasa sangat marah” jawab si anak.

Pang!!! Ibunya melayangkan sebuah penampar yang terhebat di abad ini. “Tak sedar diri! Memang la semua binatang dalam dunia ni panggil kau anak b**I, sebab kau memang b**I, ibu pulak ibu b**I, hah, bapak kau pulak, bapak b**i!!! Faham??? Jelas ibunya sambil mencekak pinggang.

Tapi ibu, bukankah b**i tu najis mughalzoh??? Kata anak kehairanan….  

*Moral : sedarilah diri sendiri, jangan jadi macam anak b**I di atas. Kalau kita manusia jadilah macam manusia yang berakal waras dan sedar diri. Kalau tidak, tiadalah bezanya kita dengan anak b**I di atas. Renung²kan!!! –F. 

Advertisements

Apa Pandang-pandang? Pandang Pada Siapa?

November 29, 2007

HUKUM LELAKI MEMANDANG WANITA DAN WANITA MEMANDANG LELAKI???  

Allah berfirman di dalam Al-Quraan :

 ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Terjemahan : “ Dan jangan mereka mendedahklan perhiasan mereka melainkn apa yang telah zahir dari mereka (muka dan tapak tangan)”. An-Nur:31.
Sekiranya wanita dikehendaki melakukan sedemikian (menutup aurat) maka adakah boleh mereka (lelaki) melihat wanita kerana mereka telahpun menutup aurat??? Di sini ‘ulama telah memberikan pandangan bahawa haram melihat seseorang lelaki kepada wanita sekiranya ia berlazat-lazat dengan melihatnya dan penuh bernafsu atau boleh menimbulkan nafsu. Kerana ia merupakan suatu bahaya yang besar yang membawa kepada kejahatan dan kekejian. Bahkan ada yang mengatakan bahawa memandang itu diibaratkan ‘pos’ yang membawa kepada penzinaan. Dan inilah yang telah cuba dikatakan oleh penyair Syauqi :
 فابتسـام ، فسـلام ، فكـلام ، فموعد ، فلقـاء  نظرة

Pada awalnya hanya dengan memandang, seterusnya bersenyuman, maka kemudiannya memberi salam, dan mula berbicara, dan bertemu-janji dan akhirnya keluar bertemu. Dan sedemikian juga dengan melihat kepada apa yang tidak zahir seperti rambut, tengkuk dan sebagainya adalh haram kecuali kepada mahram menurut ijma’. Dan di sini terdapat 2 qaidah yang sangat relevan dengan permasalahan di atas.Pertamanya; setiap perkara yang ditegah oleh syara’ menjadi harus apabila berada di dalam dharurah atau berhajat. Seperti tujuan perubatan, bersalin, menjadi saksi atau dibicarakan atau sebagainya yang berhajat kepadanya dan sekiranya membawa dharurah kepada individu atau masyarakat.

Kedua; Setiap yang harus menjadi perkara yang ditegah sekiranya takut (khuatir) boleh membawa kepada fitnah. Samada fitnah itu akan menimpa pihak lelaki atau pihak wanita tersebut. Seperti berjumpa lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi atau gelap (malap), berdua-duaan dan sebagainya.

Oleh demikian, Nabi SAW telah memalingkan tengkuk (pandangan) sepupu baginda iaitu Fadhl Bin Abbas R.Anhuma sedang dia asyik melihat seorang gadis semasa melakukan haji. Dan diriwayatkan bahawa Saiyyidina Abbas bertanya kepada baginda mengapa anda memalingkan tengkuk (pandangan) sepupumu? Jawab baginda : ”kerana aku melihat pemuda dan pemudi, sesungguhnya syaitan tidak merasa tenteram kepada keduanya”.

Gambar Hiasan

Bagaimana pula hukumnya wanita melihat lelaki???

Ulama telah berittifaq (bersepakat) bahawa melihat kepada aurat lelaki itu adalah haram samada bernafsu atau tidak bernafsu. Dikecualikan sekiranya tidak sengaja atau tiba-tiba aurat terbuka oleh sebab angin atau sebagainya. Berdasarkan sebuah hadith : Sohih riwayat Jarir Bin Abdullah : aku bertanyakan Nabi SAW (bagaimankah sekiranya) melihat aurat secara tidak sengaja (tiba-tiba) baginda bersabda : ”palingkanlah pandanganmu”. Riwayat Muslim.

Namun, apakah itu aurat lelaki???
Ulama telah bersepakat dan menyatakan bahawa aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Dan termasuk juga aurat adalah kedua belah paha. Dan pandangan tersebut telah disokong oleh sekian hadith sohih dan hassan.

Berkata Al Imam Al Bukhari di dalam sohihnya : (Bab membicarakan tentang paha) Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Jarhad dan Muhammad Bin Jahsy, dari Nabi SAW : ”Bahawa paha itu adalah aurat”.

Tegasnya di sini, aurat lelaki adalah haram dilihat oleh sesama lelaki atau dilihat oleh wanita. Perkara ini adalah sangat jelas. Dalam suasana di Malaysia (Negara Islam) samada terhadap pelajar lelaki atau staff universiti juga adalah haram tanpa bicara.
Adapun melihat kepada selain aurat tersebut seperti rambut, lengan dan betis adalah harus mengikut qaul (pandangan) yang sohih selama mana tidak menimbulkan syahat atau fitnah. Inilah pandangan jumhur fuqaha’ berdasarkan amal muslimin semenjak zaman Nabi SAW, Sahabat, Tabi’in yang diambil dari sekian hadith yang sohih dan tidak perlu dipertikaikan.

Sewajarnya bagi muslimah yang dihormati (semoga Allah jadikan anda bidadari yang termulia di jannahNya) merendahkan pandangan dari melihat lelaki adalah suatu perkara yang terpuji. Tidak dapat dinafikan bahawa wanita mempunyai deria tarikan (mudah tertarik) yang lebih kuat berbanding lelaki,. Sebagaimana yang telah dirakam di dalam kisah Nabi Yusuff AS. Namun tidak pula ditegah kepada lelaki menambat hati seseorang wanita dengan ketampanan, kebaikan, atau kegagahnnya.

Dan sekiranya dengan ketampanan seseorang lelaki itu menyebabkan seseorang wanita itu ’naik’ syahwatnya atau menggerakkan naluri wanita yang melonjak-lonjak maka hendaklah ia memalingkan pandangannya. Inilah sebagaiman yang ditegaskan : ”Pandangan itu adalah panahan yang beracun dari anak panahan syaitan”. Semoga Allah selamatkan kita semua dari perkara yang tidak baik.

* Farid : Belum tiba masanya….

Persoalan berkaitan wanita muslimah.

November 29, 2007

ADAKAH SUARA WANITA ITU AURAT ATAU TIDAK ???

Ada yang menyatakan bahawa suara wanita itu aurat; dan tidak dibenarkan bercakap dengan lelaki kecuali suami dan mahram mereka kerana suara mereka secara tabi’enya adalah lunak dan membawa fitnah serta menggoda syahwat lelaki? Apakah benar dakwaan tersebut??? Al Imam As Syeikh Dr. Yusuff Al Qardhowi di dalam sebuah karangan beliau ”Fatawa Al Mar’ah Al Muslimah” menyatakan bahawa tidak terdapat dalil yang mengharamkan mereka (wanita) untuk bercakap dengan lelaki. Bahkan terdapat dalil yang dinyatakan di dalam Al Quran yang menjelaskan keharusan wanita bercakap dengan lelaki. Bahkan Al Quran mengharuskan para Ummahatul Mukminin menjawab persoalan yang dikemukakan oleh sahabat Nabi R.Anhum sebagaimana Firman Allah:

وإذا سألتموهن متاعا فسئلوهن من وراء حجاب ( سورة الأحزاب : 53 )

Sesungguhnya setiap persoalan adalah memerlukan jawapan. Demikianlah yang dilakukan oleh Ummahatul Mukminin apabila ditanya kepada mereka (fatwa) oleh orang yang meminta fatwa lantaran mereka banyak meriwayatkan hadith. Bahkan terdapat wanita yang bertanyakan kepada Nabi SAW di hadapan para sahabat tentang sesuatu perkara tidak pula dihalang oleh baginda SAW.Mari kita berpedomankan pula dengan kisah dua orang anak perempuan Nabi Ya’akob yang bercakap dengan Nabi Musa A.S sebagaimana yang dirakamkan di dalam Surah Al Qasas ayat 23.

muslimatku.jpg

Begitu juga yang diceritakan oleh Al-Quran di mana Nabi Sulaiman berbicara dengan Ratu Saba’ dan demikian juga ratu tersebut berbicara dengan para pembesarnya. Meskipun ianya adalah merupakan syariat sebelum kita (شرع من قبلنا), namun ianya tidak dimansuhkan oleh syariat kita. Dan inilah pandangan yang terpilih (al Mukhtar).Dan ditegah oleh syara’ ialah setiap percakapan (wanita terhadap lelaki) dengan menyaringkan suara dan menjadikan ia lemah gemalai atau bahasa mudahnya ‘mengada-ngada’ yang boleh memberi kesan terhadap lelaki tersebut. Demikian juga bercakap perkara-perkara yang lagho (sia-sia) dan keji ( فاحشة ). Dan inilah yang disebut di dalam Al-Quran sebagai ( خضوع القول ) sebagaimana dalam firman Allah:

 يا أيها النساء النبي لستنّ كأحد من النساء إن اتقيتنّ فلا تخضعن بالقول فيطمع الذي فى  قلبه مرض وقلن قولا معروفا( سورةالأحزاب :32 )


Terjemahan : “Dan ayat ini menjelaskan ( الخضوع ) itu ialah perkataan yang boleh menambahkan lagi parah orang yang hatinya sakit dengan syahwat. Dan ayat ini tidaklah menghalang bercakap dengan lelaki secara mutlak atau keseluruhannya kerana Allah menyatakan (وقلن قولاً معروفا ) iaitu “ Dan katakanlah kepada mereka dengan perkataan yang ma’aruf”.

Kesimpulan :

1. Suara wanita bukanlah aurat berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan di atas.dan tidak ada dalil yang mengharamkannya.

2. Bercakap dengan suara yang menggoda terhadap lelaki sehingga menimbulkan syahwat dan fitnah adalah haram.

3. Percakapan yang dibenarkan adalah perkara yang baik dan ma’aruf serta mendapatkan penjelasan ilmiah seperti menuntut ilmu (murid terhadap guru). 

Kenapa Ibu..??

November 27, 2007

 pa180168.jpg

MARTABAT IBU MENURUT PANDANGAN ISLAM. 

* artikel ini ditulis sempena hari ulangtahun kelahiran ibunda tercinta, Hjh Faridah Hj Ibrahim pada Disember ini. 

Didikan dari Al-Quran.  

قال الله تعالى : ﴿ وَوَصَّيْنَا الإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيْرُ ۝ وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَنْ تُشْرِكَ بِيْ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلاَ تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوْفًا وَاتَّبِعْ سَبِيْلَ مَنْ أَنَابَ إِليَّ ثُمَّ إِليَّ مَرْجِعِكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ   

           Firman Allah SWT : “ Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua  ibu-bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun, Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibubapamu, hanya kepada-Kulah kamu kembali. Dan sekiranya keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu pada apa yang tiada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah ta’ati mereka dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kamu kembali, maka akan Aku-beritakan kepadamu apa yang telah engkau kerjakan ”.  Surah Luqman : 14.

 قال الله تعالى : ﴿ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلاَّّ تَعْبُدُوْنَ إِلاَّّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لهَّمُاَ أُفّ ٍوَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لهَّمُاَ قَوْلاً كَرِيْماً ۝ وَاخْفِضْ لهَمُاَ جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْراً

 Firman Allah SWT : “ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamujangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari mereka atau kedua-duanya sampai umur yang lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan ‘ah’ janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : “ Wahai tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mengasihi dan mendidik aku semasa waktu kecil”. Surah Al Israa’ : 23-24.

 قال الله تعالى : ﴿ وَوَصَّيْنَا الإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاَثُوْنَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِيْ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتِكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالحِاً تَرْضَاهُ وَأَصْلَحْ لِي فِي ذُرِّيَتِيْ إِنِّيْ تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ  

Firman Allah SWT : “ Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungkannya dan menyusukan adalah tiga puluh bulan, sehinggalah apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : “ Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku  dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhoi, berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. Surah Al Ahqaaf : 15

   قال الله تعالى : ﴿ وَإِذْ أَخَذْنَا مِيْثاَقَ بَنِيْ إِسْرَائِيلَ لاَتَعْبُدُونَ إِلاَّ اللهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِيْنِ وَقُوْلُوْا لِلنَّاسِ حُسْناً 

Firman Allah SWT : “ Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari Bani Israel iaitu Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, anak-anak yatim, orang-orang miskin serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat, tunaikan zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling”. Surah al Baqarah : 83

 قال الله تعالى : ﴿ وَاعْبُدُوْا اللهَ وَلاَ تُشْرِكُوْا بِهِ شَيْئًا وَبِالْواَلِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِيْنِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالجْاَرِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

 Firman Allah SWT : “ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, keluarga kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang terdekat dan yang jauh, rakan taulan, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri ”. Surah An Nisa’ : 36.

 قال الله تعالى : ﴿ وَوَصَّيْنَا اْْلإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْناً وَإِنْ جَاهَدَاكَ لتُشْرِكَ بِيْ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلاَ تُطِعْهُمَا إِليَّ مَرْجِعِكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ 

Firman Allah SWT : “ Dan kawi wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya. Dan jika mereka memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepadaKulah kamu kembali dan akan Aku khabarkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan ”. Surah Al ‘Ankabuut : 8.          

Firman Allah SWT : “ Katakanlah : Marilah aku bacakan kepada kamu apa yang telah diharamkan atasmu oleh Tuhanmu, iaitu, janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami memberikan rezeki kepadamu dan juga kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, samada secara terang-terangan atau tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan sesuatu sebab yang benar. Demikian itu yang telah diperintahkan Tuhanmu supaya kamu memahaminya ”. Surah Al An’aam : 151.          

Firman Allah SWT : “ Ya Tuhan kami, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari qiamat)” . Surah Ibrahim : 41.          

Firman Allah SWT : “ Wahai Yahya, ambillah Al-Kitab (Taurat) itu dengan bersungguh-sungguh, Dan kami berikan padanya hikmah meskipun ia masih kanak-kanak. Dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dari dosa) Dan ia adalah seorang yang bertaqwa. Dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali ”. Surah Maryam 12-15.          

Firman Allah SWT : “ Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, dan orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain  kebinasaan”. Nuh: 28. 

Sesungguhnya kesemua ayat-ayat tersebut merupakan ayat yang membicarakan tentang suatu perkara yang sangat mulia di sisi Allah.  Serta membicarakan kedudukan kedua ibubapa dan keutamaan mereka dan kewajipan anak terhadap mereka supaya memuliakan, menghormati dan melayani mereka. Terlalu banyak ayat-ayat Al Quran yang menyatakan secara jelas tentang kewajipan seorang anak terhadap ibubapa mereka serta sifat-sifat mereka yang telah Allah muliakan kehidupannya dengan menghormati ibubapa. 

pa130093.jpg

Pengajaran dari Hadith. 

Demikian juga terdapat banyak hadith yang membicarakan tentang kewajipan anak terhadap ibubapanya serta kelebihan dalam menta’ati mereka. 

 عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما قال : أقبل رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : أبايعك على الهجرة والجهاد وأبتغى الأجر من الله تعالى، قال : ” فهل لك من والديك أحد حى”؟ قال : نعم !! بل كلاهما قال : ” فتبتغى الأجر من الله تعالى “؟ قال : نعم، قال : ” فارجع إلى والديك فأحسن صحبتهما “ رواه شيخان              

Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash RadhiyalLahu ‘Anhum berkata : Seorang lelaki berjumpa dengan RasululLah SAW  seraya berkata : ‘ aku ingin berbai’ah  (bersumpah setia) untuk berhijrah dan jihad serta mencari ganjaran daripada Allah Ta’ala, Maka bertanya Rasullulah SAW : “ Apakah salah seorang dari ibubapamu masih hidup? ” beliau berkata : ‘ Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup’. Sabda Nabi SAW : “Apakah kamu mahu mencari ganjaran dari Allah Ta’ala? Beliau menjawab : ‘Ya’. Maka Nabi SAW bersabda “ Pulanglah kepangkuan ibubapamu dan berbaktilah kepada kedua mereka”.  ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).               

Dalam sebuah riwayat menyatakan seorang lelaki bertemu dengan RasulluLah untuk memohon pergi berjihad. Maka Nabi SAW bertanya :  adakah ibu bapamu masih hidup? ” beliau menjawab :‘ya’. Nabi menyarankan : “ berbakti kepada mereka juga adalah berjihad”.  Tidak dapat diragukan lagi bahawa hadith tersebut menjelaskan kelebihan dan keagungan berbakti kepada ibubapa sehingga ia lebih diutamakan dari berjihad sekiranya fardhu kifayah berlainan pula sekiranya musuh memasuki negara sendiri maka hukum jihad tersebut menjadi fardhu ‘ain. Menghormati ibubapa menurut Islam adalah sifat yang sangat terpuji dan memuliakan mereka adalah suatu perkara mulia yang tiada batasannya. Terdapat banyak ayat Al Quran yang mencantumkan keta’atan kepada Allah dan beribadah kepadaNya dengan keta’atan dan kebaktian kepada kedua ibubapa. Ini adalah lantaran keagungan dan ketinggian kedudukan dan pengorbanan mereka terhadap anak-anak menurut pandangan Islam.          

Firman Allah : “ Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari Bani Israel iaitu Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa ”. Surah al Baqarah : 83.          

 Dan juga firman Allah : “ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa ”. Surah An Nisaa’ :36. 

Berkata Al Imam Al Qurtubi : Berkata para ‘Ulama : ‘Manusia yang paling berhak untuk disyukuri dan berbakti, ta’at dan merendahkan diri kepada mereka setelah Al Khaliq (ALLah) ialah kedua ibubapa’. Berdasarkan Firman Allah: “ Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibubapamu, hanya kepada-Kulah kamu kembali ”. Surah  Luqman : 14.          

Dan diriwayatkan oleh Syu’bah dan Hasyim al wasitiyani dari Ya’ala bin ‘Ata dari ayahnya, Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Redho Tuhan terletak pada keredhoan ibubapa dan kemurkaanNya terletak pada kemurkaan kedua ibubapa ”.          

Dari Abdullah bin ‘Abbas RadhiyalLahu ‘Anhuma beliau berkata : Terdapat tiga ayat yang diturunkan perintahnya secara bersama dan tidak diterima salah satu dari keduanya melainkan bersama dengannya kedua-dua perintah, iaitu : Pertamanya, Firman Allah : “ Ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul” sesiapa yang menta’ati Allah tetapi tidak menta’ati Rasul maka tidak diterima. Keduanya, Firman Allah : “ Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat ” sesiapa yang bersolat namun tidak berzakat maka tidak diterima.  Ketiganya, Firman Allah : “ Bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibubapamu ” barangsiapa yang bersyukur kepada Allah namun tidak berterima kasih kepada kedua ibubapanya maka tidak diterima. Dan perlulah diketahui bahawa berbakti dan berbuat baik terhadap kedua ibubapa adalah merupakan perbuatan bersyukur dan berterima kasih terhadap keduanya.

Berterima kasih kepada kedua mereka adalah sangat penting bagi mengenangkan jasa bakti mereka terhadap anak-anak yang tidak terhingga.

Berkata seorang hukama’ : 

“ Tiadalah redho Allah melainkan pada redho ibubapa

Tiada berkekalan ‘alam ini melainkan dengan kebaikan ibubapa 

Ibubapa adalah manusia yang patut dikasihi setelah Allah

Sesiapa yang dimurkai ibubapa turut mendapat murka Tuhannya

Maka kasihilah kedua ibubapamu maka pasti hidup bahagia

Berkorbanlah unutuk mereka kamu akan dapati ganjaran yang sebaiknya ” 

Islam mewajibkan agar kita mentaati serta berbakti kepada ibubapa samada mereka itu kaya atau miskin, muslim atau kafir, baik atau jahat berpendidikan atau tidak selama mana mereka tidak menyuruh melakukan perkara yang maksiat. Ini adalah bertepatan dengan kisah Saidatina Asma’ binti Abu Bakar As Siddiq RadiyalLahu ‘Anhuma. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim beliau ( Asma’ ) berkata: ibuku telah mendatangiku sedangkan dia seorang musyrik maka aku bertanya kepada RasuluLlah SAW : “ Apakah perlu aku berbuat baik terhadap ibuku sedangkan dia seorang musyrik ? ” Sabda RasuluLlah SAW : “Berbuat baiklah kamu terhadapnya ”.  Disebut di dalam kitab tafsir dan sirah dari Sa’ad Bin Abi Waqqas beliau berkata : “ Aku adalah seorang yang sangat memuliakan ibuku, ketika mana dia mendapati aku memeluk Islam ibuku berkata : ‘Tingggalkanlah agama barumu itu atau aku bersumpah tidak akan makan dan minum sehinggalah aku mati kerananya sehingga engkau akan dicerca ‘wahai pembunuh ibunya sendiri’. Sehinggalah berlalunya beberapa hari maka aku berkata kepada ibuku : “Wahai ibuku seandainya ibu memiliki seratus nyawa dan nyawa tersebut keluar satu demi satu tidak sekali-kali aku akan tinggalkan agamaku ini. Makanlah sekiranya ibu mahu atau tidak. Tatkala beliau mendengarkan kata-kataku itu dia pun menjamah makanan ’. Dan kerana itu maka turunlah ayat : “Dan sekiranya keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu pada apa yang tiada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah ta’ati mereka dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kamu kembali, maka akan Aku-beritakan kepadamu apa yang telah engkau kerjakan ”.  Surah Luqman : 14. Begitulah Islam mendidik agar umatnya sentiasa menghormati dan mengasihi ibubapa. Berbakti kepada ibubapa juga boleh menghilangkan kesusahan dan menjauhkan diri dari perkara yang membinasakan. Telah disebut dari sebuah hadith dari Nabi SAW bahawa berbakti kepada ibu bapa adalah salah satu sebab menolak kemudaratan, menambahkan rezeki, mendapat keberkatan dalam kehidupan serta menjauhkan dari perkara yang tidak disukai. Diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar bin Al Khattab RadiyalLahu ‘anhuma berkata aku mendengar RasululLah SAW bersabda : “ Telah keluar bermusafir tiga orang lelaki pada zaman sebelum kamu sehingga mereka keletihan dan bermalam di sebuah gua. Tiba-tiba berlaku gempa bumi dan batu besar telah menutupi jalan keluar gua tersebut.          

Berbakti terhadap kedua ibubapa dengan memuliakan mereka dan berbuat baik serta merendahkan diri terhadap keduanya seperti menghormati mereka dan tidak menyusahkan mereka dengan karenah suami/isteri atau anak-anak kita terhadap mereka bahkan tidak sewajarnya kita bermusafir melainkan dengan keredhoan dan keizinan mereka

وروى البخاري عن عبد الله بن عمر رض 

الله  عنهما جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يبايعه على الهجرة وترك أبويه يبكيان فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” ارجع إليهما فأضحكهما كما أبكيتهما”. 

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abdullah bin Umar bin Al Khattab RadhiyalLahu ‘Anhuma bahawa telah dating seorang lelaki kepada RasululLah SAW dan ingin berjanji setia untuk bersama berhijrah dengan meninggalkan kedua ibubapanya sambil menangis, Maka sabda Nabi SAW : “ Pulanglah kamu kepada kedua mereka dan buatkan mereka tertawa sebagaimana kamu telah membuatkan mereka menagis ”. Riwayat Al Bukhari.  Juga telah disebut di dalam Al Quran ayat mengenai kewajipan berbakti kepada ibubapa. Seperti firmanNya :

 قال الله تعالى : ﴿ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلاَّّ تَعْبُدُوْنَ إِلاَّّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لهَّمُاَ أُفّ ٍوَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لهَّمُاَ قَوْلاً كَرِيْماً ۝ وَاخْفِضْ لهَمُاَ جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا   رَبَّيَانِيْ صَغِيْراً

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari mereka atau kedua-duanya sampai umur yang lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan ‘ah’ janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : “ Wahai tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mengasihi dan mendidik aku semasa waktu kecil”. Surah Al Israa’ : 23-24.          

Allah memerintahkan hamba-hambanya dengan perintah yang tegas dan mewajibkan kepada mereka untuk mentauhidkan Allah serta beribadah kepadaNya berserta berbuat bakti terhadap ibubapa dengan cara yang tertentu yang telah diajarkan. Setelah itu Nabi Muhammad SAW pula menjelaskan bahawa perbuatan berbakti kepada ibubapa adalah sebaik-baik amal soleh setelah solat yang merupakan prinsip asas Islam. 

  روى البخاري عن عبدالله بن مسعود رضى الله عنه قال : سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله عزّ وجلّ ؟ قال : ” الصلاة على وقتها “، قلت: ثم أى ؟ قال : ” ثم بر الوالدين “، قلت: ثم أى ؟ قال : ” الجهاد في سبيل الله “.

 Diriwayatkan oleh Al Bukhari dari Abdullah bin Mas’ud RadiyalLahu ‘Anhu beliau berkata: ‘aku bertanya kepada RasululLah SAW : apakah amalan yang paling disukai oleh Allah ?’ Jawab Nabi SAW : “ Bersolat di awal waktunya ” Aku bertanya : ‘ Setelah itu apa ?’ Baginda bersabda : “ berbakti kepada kedua ibubapa ” Aku bertanya : ‘ Setelah itu apa ?’ Jawab Baginda Nabi SAW : “ Jihad di jalan Allah ”.

 روى شيخان عن أبى بكرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” ألا أنبئكم بأكبر الكبائر “ –ثلاثاً- قلنا: بلى يا رسول الله قال: ” الإشراك بالله وعقوق الوالدين “ وقال ” ألا قول الزور وشهادة الزور” فما زال يكررها حتى قلنا ليته سكت. 

Begitu pula Nabi SAW menerangkan bahawa mereka yang menderhakai kedua orang tua merupakan dosa-dosa besar. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Dari Abi Bakrah RadhiyalLahu ‘Anhu berkata : Sabda Nabi SAW “ Mahukah kamu aku beritahu apakah dosa yang terbesar diantara dosa yang besar ? ” Kami menjawab : ‘Bahkan Ya RasululLah’. Bersabda Nabi SAW : “ Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa ” seterusnya baginda bersabda : “ Juga perkataan yang dusta serta penyaksian yang palsu ” sehingga berulang-ulang kalinya sehingga kami mengharapkan agar baginda senyap ”. 

 وروى الحاكم عن أبي هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” أربع حق على الله ألا يدخلهم الجنة ولا يذيقهم نعيمها : مدمن الخمر وآكل الربا وآكل اليتيم بغير حق والعاق والديه  

Diriwayatkan oleh Al Hakim dari Abi Hurairah RadhiyalLahu ‘Anhu berkata : RasullulLah SAW bersabda : “ Empat golongan yang Allah berhak untuk tidak memasukkan mereka ke dalam syurga dan tidak memberikan mereka merasai nikmatnya, (mereka ialah) peminum arak, orang yang memakan riba’, orang yang mengambil harta anak yatim tanpa jalan kebenaran dan orang yang menderhakai kedua ibubapanya”. Demikianlah betapa banyaknya Nabi SAW telah menjelaskan beberapa bahagian berbakti kepada ibubapa dan bagaimana mengasihi mereka tanpa menyakiti mereka samada dengan perbuatan atau perkataan. Makalah mencela atau memaki mereka. Maka sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar.

  عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : “إن من أكبر الكبائر أن يلعن رجل والديه” قالوا: يا رسول الله وهل يلعن الرجل والديه ؟ قال: “نعم، يلعن الرجل أبا الرجل فيسب أباه ويسب أمه فيسب أمه

 Dari Abdullah bin ‘Umar RadhiyalLahu ‘Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya antara dosa-dosa besar itu ialah seseorang itu mencela kedua ibu bapanya ” mereka berkata “ Wahai RasululLah bagaimanakah orang yang mencela ibu bapanya? Baginda bersabda : “ Ya, mereka itulah yang mencela bapa orang lain maka dia telah mencela bapanya sendiri, begitu pula ia mencela ibu orang lain maka ia telah mencela ibunya sendiri ”.   

وروى عن عبد الله بن عمرو  بن العاص رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : “ الكبائر : الإشراك بالله وعقوق الوالدين وقتل النفس واليمين الغموس “. 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al Ash RadhiyalLahu ‘Anhum dari Nabi SAW bersabda : “ Antara dosa-dosa besar ialah menyekutukan Allah, menderhakai ibubapa, membunuh jiwa (diri) dan bersumpah palsu”. 

 أحمد عن أبي مالك القشيرى رضى الله عنه قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم :” من أدرك والديه أو أحدهما ثم دخل النار من بعد ذلك فأبعده الله وأسحقه”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abi Malik Al Qusyairi RadhiyalLahu ‘Anhu berkata : Bersabda Nabi SAW : “ Sesiapa yang mendapati (menjaga) kedua ibubapa atau salah seorang dari mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam neraka maka Allah menjauhkan mereka dariNya dan mencelakan mereka”.     

Bahagian Ketiga. 

Martabat Ibu dan keutamaanya. 

Setelah kita meneliti dan mengkaji sejumlah besar ayat-ayat Al Quran dan Al Hadith yang menunjukkan tentang keutamaan dan keagungan ibubapa, maka kita akan mendapati bahawa Islam telah meletakkan Ibu sebagai manusia yang termulia. Lantaran itu, diwajibkan kita untuk memuliakannya, menghormatinya, menunaikan hak terhadapnya serta berhati-hati agar tidak terguris hatinya dan menjaga peranannya dalam mendidik anak-anak.           Bahkan Islam menjadikan taat kepada ibu itu lebih utama daripada sesetengah ketaatan atau ibadah yang lain. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang sedang melakukan solat sunat sedangkan ketika itu ibunya memanggil, maka hendaklah menghentikan solat sunat tersebut untuk menjawab panggilannya. Sekiranya tidak menjawab panggilannya maka akan timbul kemarahan di hati ibu tersebut, maka Allah juga akan murka terhadap anak tersebut.                     Didalam sebuah hadith yang agak panjang ada meriwayatkan dari Abi Hurairah RadhiyalLahu ‘Anhu dari Nabi SAW bersabda: “Tidak bercakap seseorang ketika bayi melainkan tiga orang iaitu: Nabi Isa ‘Alaihis Salam, juga anak kecil di dalam peristiwa Juraij dan seorang bayi yang sedang menyusu dipangkuan ibunya, maka telah berlalu seorang lelaki yang menunggang kuda yang hebat dan mukanya nampak seperti orang baik, maka si ibu berdoa: “Ya Allah, jadikanlah anakku seperti lelaki tersebut. Maka bayi tersebut meninggalkan susuannya dan melihat kepada lelaki tersebut lalu berkata: “Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya” dan kembali kepangkuan ibunya serta meneruskan susuannya. Kemudian berlalu seorang hamba perempuan sambil dipukul oleh sekumpulan manusia…. Nantikan sambungannya…  

 

November 26, 2007

MPP Usim berazam laksana 4 tugas utama

Oleh Khairina Yasin

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) sesi 2007/2008 berazam melaksanakan tanggungjawab bertunjangkan empat paksi perjuangan iaitu kebajikan mahasiswa, intelektualisme, sahsiah dan integriti serta pengantarabangsaan.

Yang Dipertuanya, Mohd Farid Din, berkata aspek kebajikan tertumpu kepada usaha menambah baik kemudahan infrastruktur, pinjaman dan biasiswa serta kesihatan dengan memberi khidmat bakti kepada mahasiswa.

Beliau berkata, hubungan sedia ada antara MPP dan pihak pentadbiran universiti, hal ehwal pelajar, jawatankuasa kolej dan persatuan mahasiswa juga perlu diperkukuhkan.
“MPP akan memperbanyakkan penganjuran program menjurus kepada budaya berfikir secara kritis dan kreatif seperti seminar pemikiran sarjana Islam, dialog agama, wacana ilmiah dan program berorientasikan akademik selaras dengan objektif universiti meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam terbilang.

“Aspek sahsiah juga ditekankan, antaranya penguasaan kemahiran insaniah termasuk berorganisasi, berkomunikasi, pengucapan awam, pengkomputeran yang menjadi nilai tambah kepada mahasiswa dalam menyahut cabaran dunia kerjaya masa kini,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPP Usim sesi 2007/2008 di Nilai, baru-baru ini.

Hadir sama Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin; Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datuk Dr Mohamad Asin Dollah; TNC Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof Dr Muhammad Muda dan mantan YDP MPP Usim sesi 2006/2007, Mohd Hariri Mohammad Daud.

Sambil menjelaskan MPP baru itu juga akan membantu universiti menjadi pusat keilmuan pengajian Islam kompetitif, Mohd Farid berkata, pemupukan minda kelas pertama dengan memperkasakan pemikiran global di kalangan mahasiswa menjadi fokus utama.

Selain itu, katanya, mewujud kesedaran mereka supaya sentiasa responsif dan prihatin dalam isu antarabangsa yang berkait rapat dengan ummah.

Selain Mohd Farid, barisan kepemimpinan MPP Usim kali ini dianggotai Muhammad Alif Ismail sebagai Timbalan Yang Dipertua I, Noorsyahmina Ismail (Timbalan Yang Dipertua II), Wan Siti Khadijah Wan Mohd Nasir (Setiausaha), Fareed Mohd Hassan (Naib Setiausaha) dan Nurusy Syahidah Shamsudin (Bendahari).

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Shukor, berkata MPP mempunyai peranan signifikan dalam masyarakat kampus dan tanggungjawab itu tidak terbatas kepada aktiviti pembelajaran di bilik kuliah.

“MPP perlu berusaha menyelami masyarakat kampus dengan pembudayaan dan pembawaan program berbeza yang dapat mengikis andaian serta taksiran negatif terhadap pelajar aliran agama.

“Jadikan masyarakat kampus sebagai masyarakat minda kelas pertama yang mampu menggarap kemahiran insaniah tinggi dan bukan golongan pelajar agama yang dilabelkan sebagai golongan ortodoks atau konservatif,” katanya.

Lawatan Mahabbah MPM KUIN ke USIM

November 26, 2007

pb180201.jpg

Pada hari ahad yang lalu bersamaan 25 November 2007 seramai 40 ahli rombongan pemimpin pelajar dari Kolej Universiti INSANIAH, Kedah (KUIN) telah mengadakan lawatan mahabbah ke bumi USIM. Kunjungan tersebut diiringi oleh 2 orang pegawai pengiring iaitu Ust Malik Che Hat Al Hafiz dan Ust Zakwan Abd Manaf Al Hafiz (Pensyarah Fakulti Al-Quran, KUIN).

Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, FSU, USIM. Rombongan tersebut telah disambut mesra oleh Y.Bhg Prof. Dr Mohamad Hj Alias, Pengarah Pusat Perkembangan Strategik dan Hubungan Korporat USIM. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YDP MPP USIM, Saudara Ust. Mohd Farid Hj Din dan diikuti oleh Y.Bhg Prof. Mohamad yang mewakili USIM. Sesi dialog dan percambahan minda juga menjadikan majlis bertambah mesra. Seusai makan tengahari, para tetamu dibawa melawat ke Bangunan Canselori USIM. Terima kasih kerana sudi menjadikan USIM sebagai destinasi lawatan mahabbah  KUIN.

Jika ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau umur yang panjang,
Silalah sila berkunjung kemari.

Kisah helikopter… « Farid Din

November 18, 2007

Kisah helikopter… « Farid Din