Archive for February 2008

Datang mereka membawa rahmat yang agung…

February 20, 2008

Bersama-Dr-Wahbah-Az-Zuhaili.jpgbersama-syeikh-husam-farfur-dan-syeikh-nuruddin-etter.jpg

AlhamdulilLah, Syukur yang teramat sangat ana panjatkan kepada Allah yang mengatur perjalanan hamba-hambaNya yang terpilih sehingga beberapa ulama’ yang sekian lama ana idamkan untuk bertemu bertentang mata dengan mereka kini termakbul. Hari ini, Rabu (20/2/2008) para ulama yang mulia telah  berkunjung ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Para ulama tersebut ialah Al ‘Alim As Syeikh Faqih Al Jalil., Prof. Dr. Wahbeh Az Zuhaili, Al A’lamah As Syeikh Prof. Dr. Nuruddin Attar., dan Al ‘Alamah Syeikh Dr. Husam Farfur. Mereka telah memberikan begitu banyak sentuhan ruhani dan ilmiah kepada para warga USIM meskipun dalam jangka masa yang begitu terhad. Semoga kehadiran para Kibar Ulama’ ke bumi USIM akan menambahkan lagi himmah kepada warganya bagi mencapai tahap keilmuan yang haqiqi disaluti ketebalan iman dan kesedaran yang tinggi. Amin. F 

Advertisements

Salam Hormat kepada semua.

February 18, 2008

Ana memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat mengaktifkan laman ini secara konsisten. Walaubagaimanapun, ana akan cuba aktifkan kembali laman ini bermula akhir bulan feb ini atau awal bulan mac. Moga Allah permudahkan urusan dan memberi kelapangan kepada ana untuk manfaat kaum muslimin. Maaf kedapatan soalan yang belum dijawab. Ana akan bertemu dengan Tuan Guru ana, Syeikh Dr. Zulkifli Muhammad Al Bakri untuk soalan tersebut. Wassalam Harap maklum.

Mohd Farid Hj Din. (18 Februari 2008)