Archive for April 2008

Terima Kasih Tuan Rumah!!!!

April 15, 2008

Assalamualaikum.

Pagi menjelma lagi. tapi hari ni ada sesuatu yang berlaku. Macam biasa ana selalu tido di rumah anak2 buah (mesra rakyat la kononnya…) dan kadang2 tido di kolej. Pagi ni anak buah ana ni mengadu pening kepala bukan sebab sakit tapi ada sebab lain. Ditanya kenapa? maka dia menceritakan bahawa tuan rumah yang mereka sewa tu bagi notis sehari untuk keluar dari rumah sebab diorang tak bayar duit sewa rumah dah hampir 2 bulan.

Meskipun mereka boleh saja dikeluarkan dari rumah diorang dengan sebab tak bayar tu, namun bila ana dengar cerita tentang kesusahan dan kesukaran yang mereka alami di rumah sewa tersebut sangat menyayat hati. Sudah la sikit punya banyak kerosakan yang berlaku di rumah tersebut, tuan rumah buat dek aje… masuk rumah aja, lantai depan umah dah pecah, pintu bilik air tertangal, pintu grill belakang umah tercabut, tandas master bedroom pun tak bley pakai macam-macam lagi la jenis kerosakan yang berlaku.. Bila diadu kepada tuan rumah, sekali lagi.. dia buat dek aje… eh,eh,eleehh. Mangkuk juga tuan rumah yang bersifat ‘mahmudah’ ni.

Paling me’mangkuk hayun’kan lagi peristiwa tadi bila mana dia (tuan rumah)  minta kosongkan umah dalam masa sehari ikut notis sampah yang dia bagi. he..he..he.. punyala bebal tuan rumah ni. Yang lagi menyedihkan lagi ialah tuan rumah tu sebangsa dengan ana. seagama ngan ana. itu yang malang tu… Sahabat ana ni berkata pada ana “abg farid, kami ni tetap sewa kat sini sebab nak dok umah orang melayu, kalou jadi apa2 bley gak tolong kami, but unfortunately… jadi macam ni plak. patutlah setiap tahun orang yang sewa rumah ni asyik bertukar aje” katanya dengan nada yang menyesal dengan sikap melayu yang mudah lupa.

Apa yang ana nak cerita hari ni sebenarnya bukanlah nak mengata kat tuan rumah yang hebat tu… tapi supaya kita cuba fikirkan, betapa baiknya Tuhan yang selama ini manusia tak pernah-pernah pun bayar sewa kat Dia, tak pernah amik pun Dia amik apa2 bayaran. Bahkan ‘rumah’ yang dia bagi kat kita ni pun hebat… ada air terjun yang memukau, ada lautan yang terbentang luas, ada gunung ganang yang indah untuk diterokai, ada langit biru yang indah berawan, ada setengahnya diberikan pula ngan empat musim dan pelbagai lagi nikmat dan hikmat yang dikurniakan.. meskipun, ‘penyewa’ ‘rumah’ tersebut tu ada macam2 jenis, ada yang baik, ada yang jahat, ada yang betul, ada yang salah, buat kerosakan, hancurkan keindahan, musnahkan kejadianNya, ubah itu, ubah ni sampai tak ketahuan dunia ni. namun….. lihat, betapa baiknya ‘Tuan Rumah’ kita ni tak pernah pun hantar notis supaya berambus dari ‘rumah tumpanganNya’. Bahkan dengan penuh kasih sayang dan sifat RahmanNya, diberikan kekayaan bertambah2 meskipun orang tu makan riba, makan rasuah dan sebagainya. Yang baik pun bley makan, yang jahat pun bley makan. Ish..ish..ish.. baik sungguh ‘tuan rumah’ kita ni. Cuma mungkin hanya kita tak pandai bersyukur dan berterima kasih padaNya.

“Ya Allah, ajarkan kami bagaimana cara untuk kami merakamkan setinggi syukur kami kepadaMu. Ajarkan kami cara untuk menjadi hamba yang tahu bersyukur dan syukur kami Engkau redhoi seta Kau terima. Oh Tuhan yang sentiasa memberi, berikanlah tunjuk ajarMu serta bimbingan Mu kepada kami. Tiada yang dapat kami ungkapkan melainkan ucapan syukur dari darjat syukur manusia biasa”

Terima Kasih ‘Tuan Rumah’…….

Advertisements

The Real Final Exam

April 15, 2008

Assalamualaikum.

Sekarang ni semua orang tengah sibuk nak ulangkaji balik kan semua madah-madah yng diambik sem ni. Ada yang dok di maktabah sehari suntuk dari pagi sampei ke malam, ada jugak yang sorok2 buka nota yang dia dapat special, ada jugak yang masih dok buat tak tau aja tentang exam ni. Nah, jom kita tengok pulak apa ke he nya di musolla kita, manusia sudah kembali mengenal tuhan mereka, nasib baik dok rasa ada tuhan lagi…he2 jangan marah. Hari ni ana terasa macam nak menulis sedikit tentang penghayatan ana bila tiba aja musim exam ni. masa ni baru kita dapat lihat betapa manusia itu sibuk, rimas, cemas, gelisah, keluh kesah dan pelbagai lagi sikap dan pe’el kita dapat lihat. Sebab apa??? kerana semua orang tahu next week adalah examination week. Semua yang dah dipelajari akan disoal samada besar atau kecil jam kredit bagi madah yang diambil. Alangkah hebatnya suasana perbincangan, ulangkaji, pinjam-meminjam nota, salin-menyalin nota dan tak kurang ada yang baru nak belajar dari A balik. Apa2 pun itulah realitinya hidup mahasiswa kat mana2 ipt.

Disebalik peristiwa ni sahabat2 sekalian, mari kita bayangkan kenapa dan mengapa kita tak pulun dan bersungguh2 untuk persiapkan diri kita bagi menghadapi “The Real Final Exam”????? Apakah kita tidak yakin bahwa kita semua akan menduduki exam tersebut. Cuma kaedahnya mungkin berbeza, walaupun ada sedikit persamaan. kalau kat dunia ni kita tak dibenarkan bercakap hanya tangan aja boleh menjawab, macam tu jugak kat sana. ye dak? Cuma yang hebatnya kat sana kita nak bercakap guna mulut pun memang Tuhan tak bagi sebab banyak dah mulut ni bercakap kat dunia. Jadi tangan2 kita, dan kaki2 kita akan menjadi saksi atas apa yang telah kita usahakan selama ni. Gerunkan??? kalau mulut boley bercakap, tobat mulut ni akan berdusta lagi!!!! Tapi, hari tu, hanya tangan dan kaki kita akan menceritakan apa sahaja amal yang kita buat.

Kenapa kita tak cuba tanamkan dalam jiwa kita rasa gerun, getar, panic, picnic, macam kita nak amik exam kat dunia ni kepada rasa gerun, takut untuk berhadapan dengan ‘The Real Final Exam’ ni??? Jom kita cuba2 jinak2kan diri untuk berfikir sejenak. kalau nak berhadapan dengan final exam atau test atau mid term sahaja bisa menyebabkan kita tak tido malam, jom pakat kalih kepada rasa takut utuk Exam yang mana Tuhan menjadi Examinernya….. Fikir dan Zikir.

Wassalam.