Archive for July 2008

maaf, tak sempat nak up date

July 31, 2008

assalamualaikum

maaf kepada semua yang mengunjungi blog saya ini. saya agak tidak berkesempatan untuk up date laman ini. mudah-mudahan di masa lapang nanti saya akan up date.

Advertisements

KEIMANAN DAN KETA’ATAN

July 9, 2008
MUQADDIMAH

قالت الأعراب ءامنا قل لم تؤمنوا ولكن قولوا أسلمنا ولما يدخل الإيمان فى قلوبكم . وإن تطيعوا الله ورسوله لا يلتكم من أعمالكم شيئا . إن الله غفور رحيم – الحجرات 14

Maksudnya;
Orang-orang ‘Aarab berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah wahai Muhammad: “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman masih lagi belum meresap ke dalam hati kamu, berkatalah dulu, “kami telah Islam. Dan ingatlah, jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun pahala dari amalan-amalan kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani – (Al-Hujurat :14)

Ayat yang telah diketengahkan ini memberi kefahaman kepada kita, bahawa iman itu kedudukannya adalah lebih khusus daripada Islam. Kefahaman ini diperkuatkan dengan hadis Jibril yang datang kepada Rasulullah SAW bertanyakan tentang Islam, Iman dan Ihsan. Soalan Jibril kepada Rasulullah SAW itu bermula daripada soalan yang bersifat umum, kemudian meningkat kepada soalan yang lebih khusus, seterusnya kepada soalan yang lebih khusus.

BAGAIMANA IMAN BERMULA

Ayat yang bermaksud; “ sementara iman masih belum meresap ke dalam hati kamu”, memberi focus kepada satu persoalanan tarbiah, iaitu hati yang dimiliki oleh setiap muslim mungkin terdedah kepada hakikat bahawa ia mungkin mati atau mungkin dikuasai oleh kelalaian. Hati yang telah mati, cara menghidupkannya semula hanyalah melalui amal Islami seperti berzikir, membaca al-Quran, bersolat, berinfaq, berpuasa, menunaikan fardhu haji dan sebagainya. Dengan mempraktikkan amal-amal Islami tersebut, hati seorang muslim akan meningkat dan terus meningkat sehingga mencapai kepada kesempurnaan iman.

MEMBENTUK KEPERIBADIAN MUSLIM

Membentuk keperibadian muslim ialah dengan mencontohi Rasulullah SAW, iaitu dengan membentuk iman yang mendalam. Iman yang mendalam ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
a- Dinamis; iaitu iman yang sentiasa bergerak dan hidup
b- Keyakinan yang kuat kepada Allah
c- Menyerahkan diri hanya kepada Allah
d- Dengar dan taat kepada arahan Allah, Rasul dan pimpinan
e-Tidak merasa berat melakukan ibadah dan kerja perjuangan
f- Tiada pilihan lain selain Islam sebagai cara hidup

Ciri-ciri keperibadian muslim yang disebutkan ini hanya mampu dipelihara apabila seorang muslim terlibat dengan dakwah dan perjuangan. Dengan keterlibatan kita di dalam perjuangan, kita memiliki benteng yang kuat di dalam menghadapi berbagai gangguan dan mehnah yang mungkin mempengaruhi kita menjauhi Islam.

Akhlak yang mulia yang dimiliki oleh seorang muslim, perlulah dijaga dan dipertingkatkan dengan semangat yang tinggi untuk beribadah kepada Allah. Seorang muslim, hidupnya adalah berorientasikan Allah dan hanya ditujukan kepada-Nya, menolak segala kemungkaran dan kemaksiatan, serta memilih hidup yang serius sebagai seorang Islam. Seorang yang memiliki keperibadian Islam yang sejati sentiasa optimis dan tidak pernah mengenal putus asa dalam perjuangan. Gerak kerjanya penuh dengan kesungguhan, sehingga ia mampu mempertingkatkan taqarrubnya kepada Allah dengan ibadah-ibadah seperti qiamullail, puasa-puasa sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan sebagainya. Peribadi muslim yang terbentuk dengan cirri-ciri ini, akan sentiasa menikmati lazat dan manisnya ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Pembentukan peribadi muslim hanya akan terbentuk apabila terbentuknya keimanan di dalam jiwa seseorang. Dengan iman, seseorang akan mendapat kebahagiaan di dalam kehidupan dunia, lahiriah dan bathiniah, serta mendapat kebahagian di akhirat dengan limpahan rahmat, nikmat dan keredhaan Allah serta keselamatan dari siksaan Allah.

PERANAN IMAN DI DALAM KEHIDUPAN

Tanpa iman, manusia di dalam kehidupan dunia akan mengalami kebingungan dan kegelisahan apabila ditimpa tribulasi dan ujian. Gerakan Islam yang tidak pernah terlepas daripada ujian dan mehnah, amat memerlukan para mujahidnya yang sentiasa berada di dalam kekuatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, agar mereka sentiasa dapat bertahan apabila berhadap dengan ujian dan mehnah di sepanjang jalan perjuangan. Justeru itu, pembentukan peribadi muslim, hendaklah dijadikan target utamanya ialah menanam keimanan. Hasil daripada keimanan akan turunlah rahmat dan keadilan Allah. Semua urusan dunia akan mudah diselesaikan apabila kita beriman kepada Allah. Persoalanan keimanan merupakan persoalanan yang paling mendasar, iaitu hidupnya hati dengan beriman dan mengenal Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya perlindungan dan pertolongan Allah hanya dikurniakan kepada golongan yang beriman dan bertaqwa. Firman Allah SWT;

وأن الله مع المؤمنين

Maksudnya;
Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang beriman – (Al-Anfal: 9)

Alangkah nikmatnya hidup kita ditemani dan dilindungi oleh Allah SWT. Perjalanan orang yang beriman dan bertaqwa tidak akan tersesat di persimpangan yang akan menjauhkannya dari tujuan hidup yang sebenarnya.

MUSLIM YANG TERBAIK

Seorang muslim yang terbaik ialah siapa yang panjang umurnya dan banyak pula ketaatannya. Sabda Rasulullah SAW :

خيركم من طال عمره وحسن عمله
Maksudnya;
Sebaik-baik kamu ialah siapa yang panjang umurnya dan baik pula amalan ketaatannya.

Umur yang panjang dan dihabiskan di dalam ketaatan kepada Allah, memberi erti bahawa amal kebajikannya akan sentiasa bertambah dan kedudukannya di sisi Tuhan pun akan sentiasa meningkat. Begitulah juga sebaliknya, iaitu apabila umur yang diperuntukkan oleh Allah dihabiskan di dalam dosa dan maksiat, yang akan mengakibatkan dosa semakin bertambah, dan kedudukan seorang muslim itu akan semakin jauh daripada Allah.

REALITI UMAT ISLAM SILAM

Perjuangan Islam yang sedang kita gerakan dewasa ini, amat memerlukan para para mujahidnya sentiasa berkomitmen dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita, bahawa saf perjuangan Islam sepanjang zaman telah mempersaksikan para pejuang Islam ialah mereka yang terdiri daripada mereka yang sangat berkomitmen dan beristiqamah di dalam perkara ketaatan dan ibadah kepada Allah. Hanya dengan beramal ibadah secara konsisten, kita akan dapat menarik rahmat dan kasih belas daripada Allah untuk mengurniakan kemenangan kepada kita di dalam perjuangan yang mulia ini.

Realiti para mujahid di zaman silam yang sentiasa hidup di dalam ibadah, telah menimbulkan kata-kata seperti ;

رهبان بالليل,فرسان بالنهار

Yang memberi maksud, mereka pada waktu malam ialah para para pendita yang tidak jemu-jemu beribadah dan sujud kepada Allah. Sedanglan pada waktu siang pula mereka ialah para pejuang yang gagah dan hebat di medan pertempuran dan perjuangan.

PEMUDA DAN MASJID

Pemuda Islam yang menjadi asset terpenting kepada perjuangan Islam wajar menitik beratkan dirinya dengan amal ketaatan yang paling berkualiti, khususnya di dalam penunaian ibadah solat secara berjamaah di masjid.
Firman Allah SWT;

إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر وأقام اصلاة وءاتى الزكاة ولم يخش إلاالله

Maksudnya;
Hanyasanya orang mampu menghidupkan rumah –rumah Allah itu ialah siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, serta tidak takut kepada sesiapa pun kecuali hanya kepada Allah – (At-Taubah : 18)

Menjuruskan pemuda kepada penunaian solat secara berjamaah di masjid dan sebagainya tidak sepatutnya dikesampingkan, bahkan adalah ia dikira sangat malang apabila ia dan dikira tidak penting di dalam perjuangan. Kepimpinan sebuah harakah Islamiyah sepatutnya mengambil perhatian yang lebih serius terhadap persoalanan ini, kerana dengan mengembalikan petugas gerakan kepada masjid, kita telah mengembalikan hakikat perjuangan Islam kepada situasi dan ketika Islam bermula di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Dari ayat ini jelas difahami bahawa seseorang yang dapat mendisiplinkan diri berkomitmen memakmurkan rumah Allah ialah mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan tidak takut kepada apa jua pun, selain takutnya hanya kepada Allah.

PENUTUP

Amal yang soleh adalah amal yang sentiasa beriringan dengan keimanan. Justeru itu kita dapati di dalam al-Quran, setiap kali Allah menyebut iman, ia akan diiringi dengan amal soleh yang menjadi bukti kebenaran kepada harga sebuah keimanan. Kedua-duanya itu, iaitu iman dan amal soleh adalah merupakan sebab di antara sebab-sebab kemenangan, dan punca umat Islam dapat berpasak kuat memimpin manusia di atas jalan hidayah apabila kuasa pemerintahan sudah berada di tangan mereka. Bahkan ia adalah sebab bagi kebahagian insane untuk mengecap kebahagiaan abadi di akhirat nanti.

Hasil tulisan; Tuan Guru ku, Syeikh Muhd Zainul Asri Hj Ramli HafizahulLah.

Attention to: “SERBANIYYUN”

July 1, 2008

‘OKS bukan lebai’                                

  Oleh Isma Ismail
  isma@hmetro.com.my

(gambar sekadar hiasan!!!)

  KOTA BHARU: “Orang Kena Saman (OKS) beritahu saya, dia pelajar pondok dan pada pemahaman saya dia masih lagi seorang pelajar,” kata seorang anggota polis dalam perbicaraan terhadap seorang pelajar pondok berserban yang didakwa melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Saksi pendakwa yang bertugas sebagai anggota Unit Peronda, Konstabel Che Sidek Omar Mat Hassan, berkata pelajar terbabit ketika ditahan memberitahu statusnya sebagai pelajar pondok, maka tindakan saman boleh diambil kerana pelajar terbabit belum layak dianggap lebai kerana masih belajar.

Menurutnya, dia memahami Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 menyatakan pengecualian saman hanya untuk seseorang bergelar haji, hajah, Sikh dan lebai.

Prosiding itu berlangsung di hadapan Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra selepas pelajar Madrasah al-Diniah al-Bakriah, Pusat Pengajian Islam Pondok, dekat Pasir Tumboh, Ahmad Nasir Darus, 27, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan tidak memakai topi keledar di Jalan Pasir Tumboh di sini, jam 6.30 petang pada 20 September 2007.

Pemuda itu didakwa mengikut Kaedah 4 Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh menyebabkan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat, manakala Ahmad Nasir selaku OKS diwakili peguam, Ahmad Rizal Affande Zainol.

Menurut Che Sidek, pelajar terbabit tidak memakai topi keledar, sebaliknya berserban dengan ikatan kemas dan pada masa sama tidak menunjukkan sebarang dokumen menyatakan dia dikecualikan memakai topi keledar.

Terdahulu, saksi itu turut disoal Ahmad Rizal mengenai pemahamannya terhadap peruntukan Kaedah Motosikal yang menyebut pengecualian saman.

Ahmad Rizal merujuk maksud lebai dipetik dari Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bermaksud orang yang tahu tentang agama, orang yang melakukan kerja bersangkutan agama dan gelaran kepada orang yang tahu hal ehwal atau taat kepada agama.

Che Sidek yang sudah enam tahun bertugas sebagai anggota polis, memberitahu dia mendapati Ahmad Nasir itu mempunyai ciri seorang lebai, tetapi tidak bersetuju cadangan Ahmad Rizal saman terhadap pelajar berkenaan menyalahi Pemberitahuan Pengecualian 1975 bagi Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar Keselamatan) 1973.

Ketika prosiding, Ahmad Rizal turut meminta saksi pendakwa menunjukkan bukti dirinya beragama Islam kepada mahkamah, sebelum Che Sidek bersetuju mengucap dua kalimah syahadah serta menyatakan maksudnya di hadapan majistret bagi membuktikan kepada mahkamah dia beragama Islam.

Kemudiannya, Tengku Amalin menetapkan 21 Julai nanti sebagai tarikh hujahan bertulis kedua-dua pihak, diikuti hujahan balas peguam bela dan hujahan pihak pendakwa masing-masing pada 4 dan 18 Ogos ini, sebelum keputusan kes ditetapkan pada 15 September depan.

Selesai prosiding berkenaan, Ahmad Nasir disambut dan diiringi kira-kira 100 pelajar pondok tempat dia belajar yang juga hadir dengan berserban dan berjubah.

Sebaik Ahmad Nasir keluar dari dewan mahkamah kira-kira jam 12.30 tengah hari, mereka berkumpul dan mengamimkan doa dibacakan seorang daripada rakannya.

TAHNIAH!!! HADIAH LAGI UNTUK KITA SEMUA….

July 1, 2008

Tarif Elektrik Baru Berkuatkuasa Hari Ini!

Tarif elektrik naik masa untuk berjimat

 

SEBUAH pejabat kerajaan di Kuala Lumpur yang terus memasang lampu pada waktu rehat. – Gambar hiasan.

 

 

KUALA LUMPUR – Susulan kenaikan harga bahan api baru-baru ini, penduduk di Seme- nanjung Malaysia mulai hari ini perlu meningkat lagi langkah berjimat cermat apabila kadar baru tarif elektrik pula dikuatkuasakan.

Selepas kenaikan tarif elektrik terakhir dua tahun lepas, kerajaan terpaksa menyemak semula tarif elektrik bagi menampung seba- hagian daripada kesan kenaikan gas dan arang batu yang merupakan bahan api utama bagi penjanaan elektrik di negara ini.

Di bawah tarif itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menetapkan pengguna domestik masih layak menikmati kadar tarif sedia ada (21.8 sen/kWj) sekiranya penggunaan bulanan mereka berada di bawah 200 kilowatt jam (kWj).

Namun, bagi penggunaan berikutnya iaitu antara 201 kWj hingga 400 kWj pula, pengguna perlu membayar kadar 34.5 sen seunit kWj dan perubahan harga akan berlaku bagi setiap 100 kWj berikutnya iaitu 30 sen (401-500 kWj), 39 sen (501-600 kWj), 40 sen (601-700 kWj), 41 sen (701-800 kWj) dan 43 sen (801-900 kWj). Pengguna domestik akan membayar maksimum 46 sen bagi setiap kWj untuk penggunaan melebihi 901 kWj.