Archive for August 2008

WACANA PEMANTAPAN INTELEKTUALISMA SISWA 2008 (WISIS ’08)

August 19, 2008

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM melalui Sekretariat Yang Dipertua akan menganjurkan wacana Pemantapan Intelektualisma Siswa (WISIS ’08). Wacana tersebut akan diadakan pada 24 Ogos 2008 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2, USIM. Bertemakan “Budaya Intelek Pemangkin Imuan Cemerlang” ia akan mengupas beberapa perbahasan. Antara penceramah yang diundang ialah Y.Bhg Dr. Mohd Arif Kasmo (UKM), Y.Bhg Tn. Syeikh Zamihan Al-Ghari (ILIM) dan Y.Bhg Ust Hj Mahfuz Muhammad. Antara tajuk yang bakal didiskusikan ialah : “Pembentukan Saintis Islam dan cabarannya”, “Keperluan dan Kepentingan Tasawuf dalam Pembinaan Modal Insan Zaman Moden”, Persoalan Bid’ah dan formula Penyatuan Ummah”, dan “Dakwah Kontemporari dan Persediaan Mahasiswa Untuk Berdakwah”. Majlis akan bermula pada jam 8 pagi dengan pendaftaran peserta dan akan tamat pada jam 5 petang. Mahasiswa/i USIM yang ingin mengikuti wacana ini boleh mendaftarkan dengan SMS nama dan fakulti ke nombor berikut : (019-610 6998 ).

Advertisements