Archive for October 2008

AlhamdulilLah… terjawab jua akhirnya…

October 26, 2008

AlhamdulilLah… terjawab juga akhirnya penantian bilakah lagi masanya Allah akan melepaskan diriku dari taklifan ini. Akhirnya, bila ana membaca di dalam utusan malaysia hari ni ada jugak keratan akhbar yang menyatakan tarikh pemilihan @ PRK di USIM ialah 13 Januari. Ramai kengkawan dan ahli exco2 dah mula panggil ana TUN MOHD FARID. Memang menjadi kelaziman, rakan taulan memanggil ana Dato’, nampaknya dah diberi panggilan baru plak.  Berikut antara keratan akhbar tersebut:

Pemilihan MPP USIM harus bebas campur tangan luar

NILAI 24 Okt. – Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini berharap proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 13 Januari tahun depan bebas daripada sebarang campur tangan pihak luar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, pelajar perlu diberi kebebasan memilih barisan kepimpinan yang difikirkan layak mewakili mereka dalam MPP.

Menurut beliau, tindakan melobi oleh pihak luar boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap pelajar USIM selaku generasi kepimpinan negara pada masa akan datang.

”Saya berharap tiada tetamu yang tidak diundang muncul semasa pemilihan MPP berlangsung nanti. Biarkan pelajar USIM bebas memilih pemimpin mereka sendiri,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini.

Jelas beliau, proses pemilihan MPP USIM sebelum ini berjalan dengan lancar kerana tiada campur tangan dari luar.

Hasilnya, barisan kepimpinan MPP sedia ada berjaya melaksanakan kesemua aktiviti dan program yang dirancang tanpa gangguan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Asin, setakat ini belum ada cubaan oleh pihak luar untuk mempengaruhi proses pemilihan MPP USIM.

Sementara itu, Mohamed Asin menasihatkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan MPP supaya tidak melupakan tanggungjawab utama mereka selaku pelajar iaitu mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik.

Beliau memberitahu, pihak USIM telah menetapkan calon mesti mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.7 ke atas.

Ha… inilah yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Bukan tak mau nak berbakti lagi pada USIM, tapi sekarang ni dah terasa sangat bahang nak kena buat tesis. Proposal saja pun dah pening. Dengan turunnya ana dari takhta “YDP” dapatlah meringankan diri untuk fokus kepada tesis.

Bagi mereka yang bakal merebut jawatan YDP MPP tahun depan, harap2 dapat bersabar dan mula la kempen dari sekarang. Desas desus yang ana dengar ada 2-3 orang dok intai n berminat ngan jawatan YDP nih… yang tua pun ada, yang muda pun ada, yang langsung tak layak pun ada jugak nak mengidam post ni… tapi, belum cuba belum tau… sekali kena.. ha, Salamatan fiddin wa ‘afiatan fil jasaddd…

Apa pun, ana nak ucapkan terima kasih kepada pihak universiti yang akhirnya menyatakan juga tarikh persaraan wajib kami semua. Moga adalah sedikit sebanyak amal kami yang dipandang oleh Allah.

“Wahai Tuhan, ampunkan kesalahan dan kekurangan kami. Perbaikilah kami dan generasi kami seterusnya agar mereka lebih mulia dan baik dari kami… Amiiin…”

Bagaimana menghadapinya….

October 14, 2008

Laman web lucah mudah dilayari

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

Pengendali mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari

SEORANG pembaca Berita Minggu terkejut menerima jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang sangat popular terutama di kalangan remaja hanya dua yang boleh disekat.

Selebihnya tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat atau menutup laman web berkenaan.

Haaa… inilah antara keratan akhbar dalam berita harian semalam, baca punya baca, belek punya belek… macam-macam akta dan undang-undang telah pun digubal untuk menyekat kemaraan masyarakat kita dari melihat dan mengunjungi laman web lucah. Namun, apa yang pasti dari pembacaan artikel di atas kita dapati bahawa masyarakat tetap juga mengunjunginya. Nah, apakah sebenarnya faktor kita tak mampu menyekat kemaraan ini????

Bagi pandangan saya yang dhoif ini, masyarakat kita terutamanya generasi muda-mudi kini sudah semakin rapuh imannya. Inilah dinyatakan oleh Nabi SAW bahawa iman ummat akhir zaman ini hanyalah senipis kulit bawang. Mudahnya diperkotak-katikkan dan dipermainkan oleh musuh. Apabila iman kita tidak teguh dan kuat sudah pastinya kita akan mudah terjebak di dalam kancah kemaksiatan. Justeru, Iman adalah penyelamat. Tak dapat dinafikan bahawa iman itu ‘yazid’ (bertambah) dan ‘yanquss’ (berkurang). Namun, kita tidak boleh selamanya menyalahkan keadaan iman kita sedemikian berterusan. Usaha perlu digandakan.

Jadi, apa yang utama bagi kerajaan dalam membendung gejala mungkar ini ialah kembali menguatkan iman dan jiwa ummah. Pemuda-pemudi harus ditiupkan semangat cintakan Islam dan mempertahankan iman.  Serapkan ruh cintakan Nabi dalam kehidupan serta mencintai Ulama’ maka natijahnya..hebat.. lihatlah ummat yang terdahulu… betapa hebatnya mereka. Iman mereka sahaja sudah mampu menundukkan musuh, dengan setiap nafas yang dihembuskan mampu sahaja menggerunkan musuh Islam apatah lagi sekiranya berhadapan dengan mereka bersenjatakan alatan perang, sudah tentu akan membinasakan seteru Allah.

Benarlah kata Al Imam Malik ; Ummat kini tidak akan bisa kembali gemilang sekiranya tidak meneladani serta mengikuti jejak ummat yang terdahulu (Para Sahabat, Tabii’n dan seterusnya…). Kekuatan iman harus dipasakkan di setiap benak jiwa pemuda/pemudi Islam agar menjadi manusia yang ampuh dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang. Iman boleh dibina, taqwa boleh diperkasa… namun siapa sebenarnya yang menggerakkan usaha ini…. adakah kita termasuk di dalam golongan tersebut??? Nah.. fikir-fikirkan bersama..

Farid: Allahumma Thabbit Aqdamana A’la Nahjil Islam Ila Yaumi Qiamah” Amiin…

Kegilaan yang melampau…

October 12, 2008

Sangat mengejutkan dan inilah yang terpacul dari mulut saya semalam apabila saya membaca keratan akhbar di bawah:

Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk

MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.

Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Gila, memang gila…. bukanlah menjadi suatu kesalahan kepada YD Pertuan Negeri Melaka nak bagi anugerah apa pun bahkan kepada sesiapa pun, apa saya kisahkan… tapi apabila dilihat kepada Datuk Shah Rukh Khan ini saya merasakan sangat terkilan bukan nak dengki kat Datuk Bollywood nih… tapi inilah lambang yang sangat kukuh menunjukkan bahawa dunia kini sudah di ambang kiamat. Sesuai dengan sebuah Hadith Nabi yang menceritakan tentang tanda-tanda akhir zaman yang dipetik dari Kitab Hadis 40 peristiwa Akhir Zaman oleh; Syeikh Ust Fahmi Zam Zam An Nadwi.

Lima Belas Maksiat yang Akan Menurunkan Bala

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.

(H.R Termizi)

Lihatlah tanda yang ke-13, bukankah para artis hari ini sangat disanjung dan dipuja??? Artis atau pelakon lelaki yang melakonkan watak perempuan (yang sudah semestinya diHARAMkan oleh syara’) juga diberikan Datuk. Artis-artis yang ‘melalak’ ke sana kemari juga diberikan anugerah dan pingat. Sekali lagi saya tegaskan bahawa, bukan saya nak melarang atau mempertikaikan kuasa DYMM Tuanku-Tuanku Sultan dan YD Pertuan Negeri yang ada untuk menganugerahkan apa jua pingat namun saya cuma mahu kita melihat kebenaran hadith di atas. Jangan pula dipolitikkan tulisan saya ini. Nanti kena masuk akta primitif ISA pula.

Inilah kebenarannya, bahawa kita kini berada di hujung zaman. Kerana terlalu memuja artis yang tidak tentu hala agamanya. Jangan hairan kenapa Malaysia ditimpa bala bencana seperti banjir, kemusnahan alam, harga petrol naik, barang naik, itu naik, ini naik, ummat ditekan, Islam dicabar oleh IFC dan sebagainya semuanya adalah berpunca dari ‘kita’. Siapa yang puja artis? siapa yang sanjung artis? dan berapa banyak pula rancangan dan program yang nak mengembang biakkan artis serta menternak para penyanyi dan para pelakon? bukankah kita???

Di kesempatan bulan Syawal, kita baru sahaja kembali kepada fitrah… ayuhlah kita tinggalkan ‘penyembahan’ terhadap artis, dan sesiapa yang cuba membela dan menternak para artis… diharapkan agar sama2 kita bertaubat kepada Allah. Semoga Allah membimbing kita semua serta memperbaiki Ummat Nabi Muhammad SAW.

“Allahumma Aslih Ummata Sayidina Muhammad, Allahuma Farrij Ummata Saiyidina MUhammad, Allahuma Ighfir Ummata Saiyidina Muhammad” Amiin Ya Rabb.

“Ustaz, Bila Nak PRK nih???”

October 9, 2008

Inilah soalan yang paling banyak saya terima semenjak dua menjak ni. Reporter dari akhbar pun tanya perkara yang sama. Baik secara sms atau pun telefon terus. Inilah yang susahnya apabila dah nak “expired” ni. Saya sendiri pun masih tertanya-tanya tentang soalan tersebut. bila nak PRK… kalau awal pun lagi baik, lagipun sebenarnya kalau kita refer dalam perlembagaan universiti pun ada sebut bahawa MPP pegang jawatan tu dalam tempoh setahun aja. esok lusa ni cukup la setahun saya dan ikhwah n akhwat MPP USIM pegang jawatan ni. Setahu saya, MPP IPTA akan dibubarkan paling lewat bulan disember ni.. Lambat, memang lewat.. tapi mungkin ada yang ‘tak selesai’ lagi di peringkat ‘atasan’, saya pun tak tahu la… apa yang pasti ada beberapa program lagi yang kami (MPP) kat USIM ni akan involve termasuk Majlis Aidilfitri USIM 24 Oktober ni.

So, saya harap sangat agar kita semua tak payah la nak gaduh-gaduh meneka bila tarikh PRK. Bila tiba aja masanya kita akan jumpa jugak. Cepat atau lamabt semua pihak kena la buat persiapan, baik HEP selaku koordinator PRK, bukan penentu siapa yang akan menang… atau sesiapa sahaja yang nak jadi calon ke, nak jadi pengacau ke, nak mengatur ke apa ke, kena la bersedia… lagi lambat, lagi banyak persiapan dan persediaan boleh dilakukan…

Apa yang sangat saya harapkan bagi mahasiswa USIM khasnya, agar kita semua menjadi mahasiswa yang lebih matang dalam memilih bakal pemimpin kita. Kita boleh lihat dan nilai gerak kerja para pemimpin terdahulu dan peribadi mereka. Jangan tersalah pilih pulak… yang paling utama bagi seseorang pemimpin itu ialah fikrahnya… nak bawa mahasiswa ke mana? … syurga atau neraka? nak jadi pendakwah atau penyanyi/ penari murahan… semuanya di tangan anda… janganlah di bawa unsur-unsur yang tak sihat sekaligus menyanggah tradisi ‘aman’ di bumi USIM. lihatlah waqi’ kita… jangan hentam kromo… bagi sahabat-sahabat berjiwa ‘pejuang terpuji’ di USIM plak, janganlah terlalu ghairah nak tubuhkan negara Islam menurut acuan minda kita yang tak seberapa ni… jangan jadi musta’jilin dan hub riasah apatah lagi hubbul jah… tu kan penyakit…. virus merosakkan ummat tu..

terakhirnya…Ingatlah, bahawa dunia universiti ni sementara saja bagi kita semua… lepas 3-4 tahun belajar kita akan kerja plak.. jadi tempoh kita berada di universiti ini adalah sebenarnya sebahagian dari sejarah kehidupan kita.. baik kita di universiti insyaAllah akan memanjang kebaikannya setelah tamat pengajian. jadi, buatlah yang terbaik untuk diri kita nukilkan dalam diari dan memori sejarah kehidupan kita… maaf kalau ada yang tak setuju atau kurang senang dengan apa yang ana tulis ni.. moga Allah ampunkan dosa ana dan kita semua, Amiin.