Archive for January 2009

Prinsip… Oh Prinsip…

January 22, 2009

Pelajar Pondok Pilih Penjara.

KOTA BHARU: Seorang penuntut pondok, memilih hukuman penjara apabila didenda RM90 atau penjara dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas dia disabitkan kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kerana memakai serban.

Penuntut Madrasah al-Diniah al-Bakriah dekat Pasir Tumboh di sini, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk tidak membayar denda itu dan sedia menjalani hukuman penjara atas pendiriannya berpegang kepada prinsip mempertahankan sunnah.

Terdahulu, Majistret Tengku Amalin A’Ishah Putri Sultan Ismail Petra, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati peguam bela penuntut terbabit gagal menimbulkan keraguan munasabah dan mengesahkan penuntut terbabit yang juga orang kena saman (OKS) adalah seorang lebai.

Inilah suasana yang berlaku hari ini. Tahniah kepada Ust Ahmad Nasir yang mempertahankan prinsipnya. Semoga dinilai di sisi Allah dan manusia sebagai amalan yang hebat. Amatlah sukar bagi seseorang untuk mempertahankan prinsip, namun hanya yang benar2 cekal dan tabah mampu melakukannya.

Hmm, Lebai… apa tu lebai??? Sejenis penutup kepala yang di pakai oleh orang Islam ke? saya suka mengambil pengertian @ definisi lebai sebagaimana yang telah diwartakan di dalam Fatwa Negeri Pulau Pinang pada Julai 1986. Lebai ertinya seseorang islam yang belajar ilmu Agama Islam atau mengajar  ilmu Agama Islam dan melaksanakan amalan-amalannya. Kebiasaannya seseorang lebai itu memakai kopiah putih. Adapun memakai serban itu hukumnya sunat dalam Agama Islam untuk sekalian muslimin.(1)

jadi, ternyatalah Ustaz Ahmad Nasir ni seorang Lebai menurut definisi di atas. Namun perlu diingatkan bahawa  setiap negeri mempunyai Majlis @ Jawatankuasa Fatwa sendiri. Jadi perlulah dirujuk kepada jawatankuasa tersebut mengikut negeri masing-masing.

Ala kulli hal, bagi mereka yang memerhatikan perkara ini dan dibandingkan pula dengan kes2 terdahulu, sememangnya ummat islam di Malaysia selalunya akan tertindas di tanah air sendiri. sedih..memang sedih. tapi sekiranya ia melibatkan keselamatan diri… bukanlah lebih utama kita memandang kepada maslahat yang lebih utama. Hmm.. mungkin para ilmuwan Islam perlu juga menimbang perkara tersebut. Islam bersikap sederhana dan mudah, tidaklah seseorang yang berkeras dengan agamanya melainkan ia akan dikalahkan dek kerna kekerasannya-maksud hadis.

Farid:  Prinsip tetap prinsip, hormatilah para penuntut ilmu… no komen.

Rujukan: (1) Himpunan Fatwa Negeri Pulau Pinang 1961-1989, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. 1998. m/s 155.

Advertisements

Munajat Untuk Palestin

January 18, 2009

Firman Allah: “Dan selama-lamanya tidak akan redho Yahudi dan Nasroni kepada kamu (Muhammad dan Ummatnya) sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka, katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya sebenar-benar petunjuk adalah petunjuk Allah. barangsiapa yang mengikuti kemahuan hawa nafsu mereka (yahudi dan nasrani) setelah datangnya kepada mereka pengetahuan, maka tiadalah baginya pertolongan dan kemenangan dari Allah” AlBaqarah:120.

Tahniah kepada MPP Usim sesi 08/09 yg bjaya menganjurkan Munajat Untuk Palestin malam ni (17/1).  Semoga usaha kita akan dikira sebagai satu sokongan kepada Palestin. Majlis ini bagus dianjurkan kerana ia dapat meningkatkan lagi kefahaman n kesedaran kpd seluruh mahasiswa bahawa Palestin bukan milik orang Palestin shj bahkan ia milik ummat Islam. Sedikit bumi Palestin tercalar, sakitnya juga harus kita rasakan. Apa yang terjadi  di Palestin hari ini telah banyak membuka mata ummat Islam terhadap kesedaran mempertahankan Palestin. Hamas yang telah berjuang secara konsisten dalam membebaskan Palestin juga harus disokongi oleh Ummat Islam sejagat. Apa yang dapat saya lihat disebalik apa yang berlaku ialah, bahawa Kemenangan dan kegemilangan perjuangan Islam akan kembali. Di mana yahudi akan dibunuh dan dihapuskan sehingga Islam menang. Bahkan bukan sekadar perjuangan Islam  hanya akan menang di Palestin bahkan di seluruh dunia. Nasionalis, sosialis, sekularis, dan pelbagai bapak isme yang penuh khurafat dan syirik ini pasti akan hancur dan KECUNDANG di semua pentas perjuangan dan pertempuran. Selayaknya, kita sebagai mahasiswa Islam menyedari hakikat ini. Berubahlah, beralihlah dan bertaubatlah dari menganut ajaran2 sesat di atas.  Beralihlah kepada Islam dan perjuangannya. Dalam isu Palestin ini kita harus bertindak dengan beberapa perkara:

1.Beriman bahawa masa depan yang gemilang dan kemenangan adalah milik Islam.

2.Menanam semangat jihad dan faham jihad dalam kehidupan. jihad adalah jalan kita. Tiada kehidupan melainkan dengan jihad.

3.Berdoa kepada Allah dalam setiap solat dan selepasnya. Doa itu senjata mukmin.

4. Menegakkan Islam di dalam kehidupan kita. Hindari maksiat dan dosa. Tegakkan Islam di dalam jiwamu pasti Islam akan tertegak di bumimu.

5. Memboikot barangan buatan yahudi n amerika. sekurang2nya 10 barang (kata Sdr Hariri).

Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Hamas untuk terus berjuang d bumi Palestin dan memberikan keamanan dan kesejahteraan kembali kepada mereka. Hidup! Hidup! Hidup Islam!!! Hancur! Hancur! Hancur Zionis!!! Hancur Amerika!!!. Takbiir!!

Bersara…

January 5, 2009

Hari ini ramai sahabat-sahabat terutama x-mpp berasa lega kerana kami telah secara rasminya telah melepaskan jawatan dari post masing2. Pada 8hb Januari ini pula akan menyaksikan hari penamaan calon dan pada sebelah malamnya pula akan diadakan rapat umum. semoga ‘PRK’ atau nama takutnya  pemilihan mpp akan diadakan pada 13 hb nanti. Semoga barisan calon yang akan bertanding nanti akan memberikan khidmat yang terbaik kepada  universiti dan para mahasiswa usim khasnya. Kepada calon2, berdirilah di atas pendirian sendiri, fikrah sendiri, iman sendiri bukan dipengaruhi atau dikongkong fikrah jahiliyyah mereka yang jahil. Kita berjuang bukan untuk pangkat, anugerah, pujian mahupun sanjungan kecil dari manusia yang sama seperti kita dicipta dari mani yang hina. Tapi biar kita buat kerja untuk dapatkan Redho Dia, Tuhan Maha Pencipta. Sudah pasti tiada istilah kecewa, puttus asa, lemah semangat dan sebagainya. Good luck kepada semua calon2. Semoga mereka yang berfikrah sejahtera akan beroleh kemenangan yang hakiki. Amiiin.