Archive for February 2009

Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat

February 26, 2009

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit. Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat. dato-haron-din

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus. Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria. Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku ‘breakdown’ pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

“Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus,” katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. “Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan ‘mereka’ hingga mereka datang ‘membalas’ pula. “Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara,” kata pengamal perubatan Islam itu. ‘Pindahkan’ makhluk halus ke kawasan lain Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan ‘mereka’ atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus. “Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun ‘memindahkan’ makhluk tersebut ke kawasan yang lain,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini. Doa tersebut katanya berbunyi begini: “Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka.”

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak. Jangan tinggal solat “Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan ‘penunggu’ di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya,” katanya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria. Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong. “Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya – azm

(Interbiu dengan Dato’ Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)

Sumber: harakahdaily.net

Advertisements

SERTAI SAYA KE ISLAMIC BOOK FAIR DI INDONESIA !!!

February 2, 2009

Sertailah Rombongan YAYASAN PAKSI ke ISLAMIC BOOK FAIR di JAKARTA. Anda berpeluang menghadiri perbahasan dan kupasan kitab-kitab kontemporari serta membeli kitab-kitab ilmiah dari pelbagai negara termasuk Timur Tengah dan JUTAAN kitab-kitab terjemahan di dalam bahasa Indonesia.

Apa Kelebihan Bersama Kami????

1. Pakej Ziarah Para Habaib (Habib2) dan pasentren yang terpilih di Indonesia.

2. Perkhidmatan Kargo dari Indonesia ke Malaysia akan diuruskan.

3. Pakej termasuk penginapan, pengangkutan dan penerbangan.

dan banyak lagi… pastinya menarik minat anda…

BILA???? Dari 5 sehingga 9 Mac 2009 ( Khamis sehingga Isnin)

BAYARAN hanya RM1500.00 sahaja… (Tawaran Pakej Pelajar : RM1200 sahaja).

BAGAIMANA NAK TEMPAH??? Buatlah tempahan anda dengan menghubungi saya di talian 013-6298600 (Farid) atau hubungi PAKSI KEDAH di talian 016-4426224 (Ustaz Akhyari).

Jangan tunggu lagi… Cepat bertindak dan segera daftarkan diri…

p/s: bagi yang ingin menempah melalui atau menghubungi saya sila hantarkan sms terdahulu.. (mungkin di dalam kuliah). Syukran….