Archive for April 2009

Permulaan Untuk Laksana Hukum Islam.

April 24, 2009

Saya berasa sangat gembira dengan petikan akhbar hari ini (24hb April) bahawa
Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad mencadangkan agar melaksanakan hukuman takzir bagi kesalahan selain hudud (yang tidak mahu dilaksanakan oleh golongan pemerintah ber’akidah’ sekular). Baca berita berikut:

Hukuman sebat bagi kes takzir elak penjara sesak ( Bharian, 24 april 09)

HUKUMAN sebat bagi kesalahan takzir, iaitu kesalahan selain hudud, boleh mengurangkan masalah kesesakan dalam penjara jika dilaksanakan di seluruh negara, kata Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Malah, beliau berkata, keistimewaan hukuman sebat boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan termasuk membiayai makan dan minum tahanan.

Beliau berkata, antara contoh hukuman takzir ialah kesalahan lalu lintas, mengedar dadah dan membuang sampah.

“Hukuman sebat ini boleh dikenakan untuk kesalahan takzir. Ia hukuman utama bagi kesalahan yang serius untuk memberi pengajaran tepat dan berkesan kepada penjenayah berbahaya yang sudah sebati dengan kesalahan.

“Keistimewaan hukuman ini tidak membebankan kerajaan dan tidak menghalang pesalah berusaha menjalankan pekerjaan selepas hukuman. Dia juga tidak pula terpaksa meninggalkan dan membiarkan ahli keluarganya menempuh pelbagai kesusahan hidup mencari nafkah,” katanya membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Realiti Pelaksanaan.

PERSOALANNYA…

Mahukah pihak pemerintah melaksanakan hukum takzir ini? Bagi saya ia merupakan permulaan yang baik bagi pihak pemerintah untuk mula membiasakan diri dengan hukum Islam (Macam muallaf pulak pihak pemerintah nih…). Sepatutnya pihak pemerintah yang telah diamanahkan oleh rakyat  telah lama bergerak untuk melaksanakan hukum Allah ini. Takkan lah sudah 50 tahun lebih memerintah masih ragu dan tidak berupaya untuk melaksanakan Islam???  Realitinya, sepanjang pihak pemerintah memerintah Malaysia ini, pernahkan pemerintah menggunakan segala keupayaan (RTM, Jabatan Penerangan, Jakim dsb…) yang ada untuk memahamkan masyarakat apa itu hukum Islam??? (itupun kalau pemerintah ada perasaan nak laksana hukum Islam lah). Yang ada hanya… entahlah, Program Realiti TV, mencari bakat menyanyi dan menyalak, program merosakkan ummat dsbnya…

Di era DS Najib memerintah dengan erti kata lain, sudah 6 PM kita bertukar namun hukum Islam tetap juga gagal dilaksanakan bahkan masyarakat masih ‘buta’ dan sebahagiannya kabur tentang hukum Islam. Nak kata puak kafir yang memerintah Malaysia, semuanya menyambut hari raya dan solat jumaat jugak. Agaknya yang memimpin pun sama jahil dan buta mengenai agama Islam. Tetapi, apa pula peranan Ulamak-alamak Pekembar yang bertenggek dalam pihak pemerintah. Mereka ni pon sama bangang jugakkah dengan pihak pemerintah??? Atau perlu menjaga periuk nasi semata-mata?.

Apapun, sudah tiba masanya untuk pihak pemerintah memikirkan bagaimanakah cara yang terbaik bagi melaksanakan Syariat Islam di Malaysia. Bukan hanya syiar Islam. Ini pun dua kalimah yang selalu diputar belitkan oleh Alamak2 pekembar. Syariat itulah dasar Islam, ada pun Syiar itu hanya menambah kegagahan dan pelaksanaan Syariat Islam. Islam merupakan dustur hayah yang tepat dan berkesan bagi menangani masalah manusia, ini kerana Islam itu datangnya dari Allah, pencipta alam dan manusia. Maka, setiap perlaksanaannya memberikan kesan yang positif kepada semua pihak. Baik pihak pemerintah mahupun masyarakat @ rakyat itu sendiri.

Ayuh anak muda sekalian, kita fahami Islam dan kita berjuang bersama untuk memastikan Syariat Islam akan terlaksana. Sebarkan Islam ke seluruh pelusuk negara agar Islam itu diterima dan Kalimah Allah itu sentiasa dijunjung tinggi. Takbir!!!

Advertisements

Agama Anak ikut Agama Asal. Tepatkah???

April 23, 2009

nazriDato’ Seri Nazri Aziz (Menteri JPM)

Anak pasangan tukar agama mesti kekal agama asal: Kabinet

Berita Harian Online; (23.4.09)

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.

Ia sebagai langkah penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan berkaitan dengan kes K Pathmanaban yang membawa anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Apa kata YB Zulkifli (MP Kulim)

zul

KENYATAAN AKHBAR YB. ZULKIFLI BIN NOORDIN

(http://zul4kulim.blogspot.com/)

Saya merujuk kepada kenyataan yang disiarkan oleh akhbar tempatan memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Nazri Aziz berkatan isu perceraian dan hak penjagaan kanak-kanak yang melibatkan seseorang yang “convert” atau memeluk agama Islam.

Sekali lagi isu berkaitan status agama seorang kanak-kanak apabila salah seorang daripada ibubapanya memeluk Islam dan hak seseorang “mua’alaf’ dalam hal perceraian dibangkitkan dan diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ini merujuk kepada kes terbaru melibatkan seorang bernama Pathmanaban atau kini dikenali sebagai Mohd. Ridhuan Abdullah, dimana beliau yang asalnya beragama Hindu telah memeluk agama Islam. Beliau juga dikatakan telah menukar agama anaknya yang lahir daripada keluarga Hindu kepada Islam. Isteri beliau dikatakan tidak mengetahui akan perkara ini.

Kini timbul isu yang diperbesar-besarkan tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapa yang memilih memeluk agama Islam.

Sebenarnya isu ini telah pun dijawab dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Subashini dimana Mahkamah menyatakan bahawa isu ini tertakluk kepada Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 12 (4) memperuntukkan bahawa “ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya”..

Mahkamah Persekutuan menafsirkan bahawa hak menentukan agama seseorang kanak-kanak bergantung kepada mana-mana salah seorang daripada mereka iaitu ibu, bapa atau penjaga. Bermakna salah seorang daripada mereka berhak untuk menentukan agama yang boleh di anuti oleh anak-anak mereka.

Oleh itu tidak timbul isu dalam kes Pethmanaban @ Mohd. Ridhuan yang menentukan agama anak beliau sebagai Islam sesuai dengan agama yang beliau anuti sekarang.

Malahan dari segi hukum syara’, ada pendapat yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak dibawah umur akil baligh dianggap Islam sebagai agama fitrah. Samada mereka disyahadahkan secara formal atau tidak itu tidak menjadi isu. Sebab itu kalau mana-mana kanak-kanak dijumpai tanpa dapat dikesan ibubapanya, atau ditemui mati tanpa diketahui agamanya, maka kanak-kanak itu adalah di anggap Islam dan akan diuruskan sebagai seorang Muslim.

Ini sekaligus menyanggah tanggapan mereka yang menyatakan dalam kes seseorang itu masuk Islam tanpa pengetahuan keluarga, maka ini akan menganiaya anak-anaknya kerana mereka tidak mendapat pusaka. Inilah antara isu yang ditimbulkan didalam kes Allahyarham Mohd. Moorthy Abdullah. Sebaliknya jika seseorang itu masuk Islam dan meninggal, walaupun anak-anak beliau tidak di syahadahkan secara formal (apatah lagi kalau masih bayi dll), maka anak-anak itu di anggap berhak mewarisi pusaka beliau menurut hukum pusaka dan pembahagian faraid didalam Islam.

Ada pihak menyatakan bahawa ini tidak adil kerana menyebabkan ibu itu hilang hak jagaan terhadap anak-anak mereka.

Isu ini juga tidak timbul kerana hak menukar agama dan hak jagaan adalah dua isu yang berbeza. Ini telah dijawab juga oleh Mahkamah dalam kes S. Shamala dimana bapa yang telah memeluk agama Islam dan menukar agama anak-anak beliau sekali tidak diberikan hak jagaan, sebaliknya hak jagaan diberikan kepada ibu yang hindu, dengan satu caveat yang ibu itu tidak boleh menukar agama anak-anak tersebut.

Disana terdapat juga tuduhan menyatakan bahawa si suami memeluk Islam sebagai pintu belakang” untuk menafikan hak jagaan ibu tersebut. Ini adalah kerana apabila bapa tersebut memeluk Islam dan menukar agam anak-anaknya ke Islam, beliau akan pergi ke Mahkamah Syariah dan mendapatkan hak jagaan. Sebaliknya ibu itu didakwa tidak boelh pergi ke Mahkamah Syariah kerana beliau bukan Islam. Dan beliau tidak boleh mendapatkan perintah Mahkamah Sivil kerana berdasarkan Artikel 121 (1A), Mahkamah Sivil tidak ada bidangkuasa membicarakan hal ehwal berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah, dan hal jagaan kanak-kanak Islam adalah dalam bidangkuasa hadhanah Mahkamah Syariah.

Saya tidak menafikan ujud disana segelintir dikalangan mereka yang memeluk Islam dan memperkudakan sistem perundangan sedia ada untuk mendapatkan perintah jagaan anak dan menafikan pihak yang bukan Islam daripada keadilan sewajarnya. Bagi saya ini suatu persepsi yang salah dan harus diperbetulkan.

Saya berpendapat bahawa isu ini sengaja diputarbelitkan untuk kepentingan sempit golongan tertentu. Sebagaimana kita maklum, apabila timbul isu hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak, maka Mahkamah Syariah, sebagaimana Mahkamah Sivil akan membicarakan kes tersebut berdasarkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu yang diutamakan. Tanggapan menyatakan bahawa si bapa akan mendapat hak jagaan otomatik daripada Mahkamah Syariah adalah tidak benar sama-sekali. Apatah lagi tohmahan yang menyatakan kalau si ibu (yang bukan Islam itu) pergi ke Mahkamah Syariah, sudah pasti dia akan kalah kerana Mahkamah Syariah pasti akan menyebelahi si bapa yang sudah memeluk Islam.

Ternyata mereka yang membuat kenyataan tohmahan saperti ini adalah jahil dan tidak mengetahui sistem perundangan dan jurisprudens Islam. Undang-undang Islam bukan undang-undang rimba yang ditadbor oleh hakim-hakim tarzan mengikut citarasa nafsu beliau.

Sejarah telah membuktikan betapa para hakim syari’e sentiasa bertindak berdasarkan lunas-lunas ke’adilan kerana mereka sentiasa sedar akan hadis Rasulullah bahawa daripada tiap tiga hakim, dua sudah menempah tempatnya di neraka. Mereka juga sedar bahawa mereka wajib melaksanakan keadilan kepada mana-mana litigan tidak kira Muslim atau bukan.

Ini terbukti dalam kes terbaru Nyonya Tahir yang telah keluar daripada Islam, mengamalkan kehidupan buddha dan mati dalam agama tersebut. Setelah mendengar saksi-saksi dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan mengisytiharkan bahawa Nyonya Tahir telah melalui kehidupan bukan Islam dan mati sebagai bukan Islam. Maka mayat beliau diserahkan kembali kepada keluarga bukan Islamnya.

Apa yang penting ialah pihak-pihak yang terlibat tidak menanamkan sikap[ prejudis dan buruk sangka terhadap sistem perundangan Islam dan pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Mahkamah Syariah. Walaupun sistem perundangan yang dilaksanakan belum lengkap sepenuhnya, namun dari segi perlaksanaan Mahkamah Syariah boleh berbangga kerana telah cuba sedaya upaya melaksanakan keadilan kepada semua pihak.

Apa yang perlu difahamkan pertamanya ialah apabila seseorang bukan Islam membawa kes ke Mahkamah Syariah, ini bukan bermakna mereka telah masuk Islam. Inilah masalahnya apabila ada pihak mengambil kesempatan akibat daripada kejahilan orang awam bahawa pergi ke Mahkamah Syariah bermakna seseorang itu masuk Islam.

Kedua, walaupun seseorang bukan Islam tidak boleh menjadi pihak dalam Mahkamah Syariah (bukan kerana undang-undang Islam tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan yang menyekatnya), beliau masih boleh melibatkan diri dalam prosiding di Mahkamah Syariah sebagai saksi.

Bermakna sekiranya si bapa yang telah menukar agama memohon hak jagaan anak-anak dibawah umur baligh, maka si ibu (yang bukan Islam) boleh memohon memberi keterangan dan mengemukakan bukti bahawa si bapa tidak layak mendapat hak jagaan. Dan yakinlah bahawa Mahkamah Syariah akan menimbang semua keterangan dan bukti menurut undang-undang sedia ada dengan meletakkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu sebagai keutamaan. Dan insyallah jika terbukti si bapa tidak layak, Mahkamah Syariah tidak akan memberikan hak jagaan itu kepada si bapa walaupun dia Muslim. Malahan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa memberikan hak jagaan itu kepada si ibu, walaupun dia bukan Islam.. Dan inilah yang telah dibuktikan dalam kes Nyonya Tahir.

Berdasarkan saranan diatas, saya sangat tidak bersetuju dengan keputusan kabinet nsaperti yang disiarkan melalui kenyataan Menteri di JPM tersebut yang mengesyorkan supaya digubal undang-undang untuk menafikan penukaran agama bagi kanak-kanak dibawah 18 tahun. Jawatankuasa itu juga mengesyorkan supaya isu berkaitan ini diberi bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Saya tidak pasti samada kabinet telah benar-benar diberi penerangan tentang kedudukan Perlembagaan dan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berkaitan. Kerana adalah jelas keputusan kabinet tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri.

Saya berharap sebelum kabinet mengambil tindakan selanjutnya, hendaklah semua pihak yang berkepentingan diberi ruang untuk mengemukakan pendapat. Dan nasihat saya kepada kabinet, hormatilah keluhuhuran Perlembagaan dan hormatilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang telah pun diputuskan. Malahan saya difahamkan sudah ujud satu jawatankuasa di peringkat Jabatan Peguam Negara yang sedang dan masih membincangkan isu-isu ini dan isu-isu lain yang berkaitan. Saya percaya jawatankuasa yang dianggotai oleh bukan sahaja mereka dari bidang guaman, tetapi mufti, ulama’, agamawan termasuk wakil Majlis Peguam dan wakil agama-agama lain saperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha & Sikh akan cuba mencapai suatu jalan penyelasaian yang boleh diterimapakai oleh kesemua pihak.

Sekian. Wassalam

Zulkifli Bin Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu

Khamis 27 Rabi’ul Akhir 1430

Tahniah Mahmoud Ahmadinejad!!!

April 22, 2009

mahmoud

Ahmadinejad kecam Barat, diplomat EU keluar dewan

GENEVA 21 April – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di sini.

Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa.

Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan.

Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.

“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara itu (Palestin) kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan.

AS dan lapan negara Barat memulaukan persidangan tersebut semalam menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai ‘rejim paling kejam dan kuat menindas’ selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis.

Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Penunjuk perasaan di luar bangunan persidangan melaungkan kata-kata kutukan dan tidak lama kemudian sekumpulan penyokong Israel dan Yahudi cuba menghalang Ahmadinejad dari memasuki bilik sidang akhbar. – AP

Ulasan:

Seluruh ummat Islam seharusnya merasakan beryukur kerana masih ada segelintir pemimpin Islam yang berani menyatakan kebenaran. Di celah-celah semua pemimpin Islam khasnya pemimpin arab yang bacul dan takut menyembah dan mengagungkan barat, ada juga yang berani menentang secara jelas kesombongan dan kebongkakan barat.

Meskipun Mahmoud Ahmadinejad berfahaman syiah, namun keberaniannya mengetengahkan isu ummat Islam Palestin dan Iraq menjadikan beliau seorang yang dihormati, bermaruah dan digeruni musuh-musuh Islam. Tidak seperti pertubuhan ‘oh ya saya lihat sahaja’ atau singkatannya OIC yang bersidang dan terus beersidang hingga akhirnya ummat Islam terus di bunuh dan ditindas.

Semoga Allah akan terus menghidupkan jutaan Mujahidin di seluruh dunia untuk menjaga kelansungan perjuangan Islam di dunia ini. Mujahidin di Palestin, akan berjuang cara Palestin. Mujahidin di Iraq juga berjuang cara mereka tersendiri. Tak kurang juga Mujahidin di Malaysia yang akan menumbangkan ‘rejim nasionalis-sekularis’ seterusnya menegakkan Daulah Islamiyyah yang hakiki serta jauh dari faham kebangsaan yang cetek dan singkat.

Tahniah Mahmoud Ahmadinejad!!!!

Sekadar Renungan Untuk Anak Muda.

April 21, 2009

Petikan dari: (http://episodeperjuangan.blogspot.com/)

Islamisasi , Islam Hadhari & 1 Malaysia

Rakyat Malaysia kini seperti diperbodoh oleh pemimpin negara . Zaman Tun Dr. Mahathir , beliau mengumandangkan slogan Islamisasi atau penerapan nilai – nilai Islam .

Slogan ini berjaya menarik minat beberapa tokoh dan aktivis dari luar UMNO untuk menyertai UMNO dengan sangkaan slogan ini adalah pintu masuk untuk mereka perjuangkan Islam dan memulihkan imej UMNO yang tercalar teruk dengan pelbagai skandal dan anutan ideologi yang bercanggah dengan Islam .

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sedikit sebanyak menghadapi cabaran sengit dari UMNO justeru melayu muslim di negara ini turut menaruh kepercayaan kepada UMNO dengan slogan Islamisasi tersebut kononnya UMNO juga mahukan Islam .

Setelah lebih 20 tahun , penerapan nilai – nilai Islam tidak berjaya mewujudkan masyarakat yang berteraskan sistem nilai Islam yang sebenar , jauh sekali kedaulatan syariat . Sebaliknya masyarakat dan negara terus terhimpit dalam masaalah korupsi ynag menjejaskan kestabilan ekonomi dan politiknya.

Tun Dr. Mahathir mula dilihat sebagai pemimpin yang perlu bertanggungjawab dalam meletakkan negara terus tenat menghidap barah rasuah dan penyalahgunaan kuasa . Akhirnya satu pelan peralihan kuasa terpaksa dimeterai setelah menyaksikan kebangkitan rakyat benar – benar mempamerkan kebencian mereka terhadap UMNO dan kepimpinannya .

Sejak itu , Kepimpinan UMNO dan negara diambil alih oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi . Pilihanraya umum 2004 UMNO kembali mencapai kejayaan gemilang bersama slogan baru yang diketengahkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Islam Hadhari .

Bukan sahaja menenggelamkan slogan lapuk Islamisasi yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir tetapi Tun Abdullah menggerakkan seluruh agensi kerajaan dan jabatan – jabatan swasta untuk melagang Islam Hadhari sehinggalah tertubuhnya JASA yang bertanggungjawab langsung bagi memastikan Islam Hadhari benar – benar dianut oleh rakyat dan apa yang paling penting ialah memperkukuhkan kedudukan Tun Abdullah dan UMNO itu sendiri .

Berbekalkan pengalaman silam berdepan dengan projek Islamisasi , rakyat ternyata cepat menghidu kepalsuan Islam Hadhari tersebut . Biarpun ramai kawan – kawan seperguruan saya [ maaf – sedih mengenangnya ] turut terperangkap dalam jerat Islam Hadhari sehingga sanggup menjadi penceramah Islam Hadhari malah melobinya ke serata negara . Kononnya ini adalah pendekatan terbaik untuk perlaksanaan islam dinegara ini .

Satu persatu helah bermadah Islam Hadhari ini didedah . Al fadhil Tuan Guru Hj. Abdul Hadi sempat mengarang sebuah kitab yang berjudul Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari untuk mendidik rakyat betapa Islam Hadhari adalah satu mazhab yang salah bah sesat lagi menyesatkan .

Kegagalan Tun Abdullah dalam memimpin negara dengan baik tambah mempercepatkan lagi proses penolakkan rakyat terhadap Islam Hadhari dan sajak keramatnya yang bertajuk Mencari Damai Abadi . Biarpun JASA dan JQAF berperanan besar untuk menyemarak aliran Islam Hadhari ke tengah masyarakat , ternyata ianya tidak berkesan kerana kini mereka berdepan dengan rakyat yang telah didik dan sangat berhati – hati dengan penipuan UMNO .

2008 menyaksikan rakyat bangkit semula dari kekalahan 2004 melalui referundum yang dipungut melalui peti undi dalam pilihanraya umum ke 12 . Kejatuhan 5 buah negeri ke tangan parti bukan UMNO dan BN sangat membuatkan mereka terduduk dan termenung panjang , sukar menerima realiti dan payah mencari alasan kenapa jadi begitu ?

Islam Hadhari gagal berfungsi sebagai vaksin yang boleh menyelamatkan UMNO dan BN dari wabak rasuah yang kian menular dalam segenap urat saraf dan sendi tulang UMNO dan BN . Kali ini giliran Tun Abdullah terpaksa merelakan dirinya dikambing hitamkan atas kekalahan memalukan UMNO dan BN itu .

UMNO bukan sahaja masih termangu mencari alasan kenapa mereka ditolak dengan begitu drastik oleh rakyat , bahkan mereka berdepan pula dengan krisis dikalangan pemimpin mereka . Saling salah menyalah dan saling tuding menuding antara mereka . Masing – masing enggan mengalah dan mengaku kalah .

Maka sekali lagi pelan peralihan kuasa dimeterai sebagai formula menyelamatkan UMNO dan BN dari terus dipasung oleh rakyat . Harapan mereka dengan kepimpinan baru kelak , rakyat sekali lagi memberi ruang mereka bernafas biarpun hanya seketika untuk mereka mencari idea menyelamatkan UMNO dan BN.

Saya sedari awal telah menjangkakan satu lagi slogan baru akan menggantikan Islamisasi dan Islam Hadhari sekaligus memuziumkan legasi Tun Mahathir dan Tun Abdullah .

Sebagaimana pelan diatur , Dato’ Seri Najib menaiki takhta dengan megah dan bergaya sungguhpun beberapa aspek yang agak misteri . namun tiada apa yang dihairankan kerana kehidupan Dato’ Najib sendiri sejak menjejak belakang Pak Lah sehingga ia menaiki takhta penuh dengan episode misteri .

Tidak sampai seminggu pun beliau menjadi Perdana Menteri , maka terhamburlah slogan yang saya nanti – nantikan . Tapi kali ini agak lucu dan saya gagal menahan ketawa sebaik mendengar slogan itu diungkapkan oleh Dato Najib , One Malaysia ia … One Malaysia .

Memang saya ketawa besar dengar slogan ini . Spontan saya bertanya balas kepada pembaca berita di TV yang melaporkan biarpun dia tidak mendengar pertanyaan saya ….. apa ? one apa ? Formula One …:) … 🙂 . Adusss , Najib … Najib …

Pertama : Tiada perkataan Islam langsung dalam slogan ini . maka saya berteka – teki , agaknya angle mana Kol. Jamil Khir dan partnernya Dr. Mashitah akan ambil untuk mempromosikan One Malaysia ini . Begitu juga para mufti dan imam – imam mereka . Mungkin mereka kena pergi tengok Formula One dulu baru dapat formula . Dr. Mashitah yang dulunya menjadi wira Islam Hadhari tentu kena buka kitab baru . Sebab sangat jauh beza makhraj Islam Hadhari dengan One Malaysia tersebut !

Kedua : Apakah JASA dan JQAF akan dilenyapkan ? atau mungkin juga ditukar fungsi kepada agenda merangka F1M [ Formula One Malaysia ] . Berapa juta pula mereka nak habiskan wang nanti ? Barangkali ini membuatkan Dato’ Najib teragak – agak untuk meletak calun di DUN Penanti kelak .

Ketiga : Telah menjadi kelaziman pemimpin politik seperti mereka . Tergesa – gesa melontar slogan , selepas itu barulah mereka kalut mencari tokoh dan figure yang boleh mengemukakan draf dan sekaligus mempromosikannya kepada masyarakat . Selepas ini berapa banyak seminar dan siri penerangan yang akan dianjurkan untuk menjelaskan apa bendanya One Malaysia .

Masih terlalu awal untuk meramal dan saya bukan tok nujum untuk menyebut apa pula nasib One Malaysia seterusnya . Namun saya yakin , satu lagi muzium akan dibuka selepas ini .

Rakyat jelas lebih berwaspada dengan sogokan dan momokan slogan seperti ini . Sambil mereka menanti penuh sabar dan debar , rakyat juga sedia menghukum sebarang penipuan dan kepalsuan slogan yang hanya untuk mengulit dan mengalpakan mereka . Kini saya yakin rakyat telah matang berpolitik dan tidak lagi terpedaya dengan pukauan UMNO yang menjadikan rakyat khayal tanpa sedar menganggap kononnya hanya UMNO yang layak memerintah negara dan UMNO sekali – kali tidak boleh dikalahkan .

Anda bagaimana ? setuju dengan saya ? 🙂

p/s: Ini hanya sekadar bacaan tambahan kepada sahabat pengunjung sekalian. Nak maklumat lebih kunjungilah Ustaz Nasrudin Tantawi di alamat di bawah.

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Al Islam Mahjub Bil Muslimin???

April 18, 2009

SubhanalLah… Saban hari yang berlalu sejak isu markah kasihan bermula semakin kuat angin  bertiup kencang dan semakin banyak pula spekulasi yang timbul. Saya merasakan bahawa ini suatu perkara yang agak kurang senang dilihat dan dipandang bagi mereka yang mencintai Islam. Ada suara yang membisik bahawa sebenarnya ada dalang yang menjadikan isu ini panas. Ada yang mengatakan bahawa Usim dicemburui oleh sesetengah pihak yang kurang senang melihat perkembangan yang positif  pada Usim.

Sangatlah malang dan menyedihkan kalau ada yang menyokong untuk memburuk-burukkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi berteraskan Islam di Malaysia ini. Kalau yang menyokong dan mendokong bagi menjatuhkannya itu orang yang tidak beriman dan bukan pula muslim pada namanya, apalah yang saya nak hairankan. Tapi lain pula kalau yang menjatuhkan Islam itu adalah OMI (Orang Melayu Islam) kita sendiri. Di dalam suasana yang agak genting ini, sewajarnya kita menonjolkan rasa simpati kepada usim dalam mengharungi ‘fitnah’* ini. Bukan kita pula yang beriya-iya menjatuhkan Islam itu sendiri.

Benarlah sebuah kata hukama’ :

الإسلام محجوب بالمسلمين

“Islam itu terhijab (terdinding dari kemajuan dan kecemerlangan) dengan orang Islam itu sendiri”.

Saya cuba menginsafi diri ini, apakah ini padahnya apabila ummat sudah tiada lagi sensitiviti terhadap agamanya yang suci itu sendiri???  Ketika sebuah Universiti Islam sedang marak dengan jayanya kini cuba dibantutkan oleh orang Islam sendiri. Ketika rakan bukan Islam cuba memahami Islam dengan membaca ayat-ayat Al Quran sebagai hujah dan panduan, ummat Islam sendiri yang menghina dan mengecammnya. SubhanalLah 2x… Takutilah Allah wahai saudaraku sekalian ummat.

Saya yakin dan percaya sebahagian besar yang mengomentari isu ini adalah di kalangan anak muda, para mahasiswa dan mungkin juga para intelektual di kalangan pensyarah yang bertandang ke laman buruk saya ini, semuanya datang dengan pelbagai fikrah. Nah lihat! generasi ini sahaja sudah berpecah belah samada membela Universiti Islam atau turut serta mencemuh dan menghinanya???. Bagaimana masa hadapan???

Kerisauan kini menjengah ke lubuk hati saya bahawa ummat kita tetap akan terus begini. Yang faham Islam, AlhamdulilLah akan terus dokong dan menyokong Islam dan gerakannya begitu juga sebaliknya.  Saya kira, sentimen ke’universiti’an itu tidak harus dipupuk. Yang utamanya kesatuan ummat bagi menghadapi cabaran mendatang.  Bagi mereka yang tidak terlibat dalam isu ini khasnya bagi yang bukan dari saudara-mara Usim, usahlah lebih kuah dari sudunya. Berpadalah ketika ‘mengintai’ rumah tangga orang. Janganlah sehingga menimbulkan tafsiran dan masalah lain pula.

Terima kasih kepada semua yang menyokong Usim dan teruskan mempertahankan Institusi Islam ini, bagi mereka yang terlajak perahu… ambillah pendayungnya, kembali ke pangkal jalan. Saya kira di saat ini, boleh jadi isu ini akan bertukar menjadi Isu mempertahankan Institusi Pengajian Islam bukan lagi Isu Markah Kasihan. Namun, saya harapkan agar perkara ini akan reda secepatnya. Banyak lagi isu yang lebih besar perlu diperdebat dan diperkatakan. Jangan jadikan isu murahan dari helaian akhbar picisan dijadikan bahan yang menggagak gempitakan alam, banyak lagi kebesaran Tuhan yang perlu kita ketengahkan. Masih ramai ummat yang Ummiyatun Diniah (Buta Agama) di dalam masyarakat yang saya kira lebih besar agendanya kepada kita dari mengadap benar isu ini.

*Fitnah: bermaksud ujian dan cubaan. Bukan sahaja bermaksud kata-kata yang tidak benar yang dilemparkan kepada seseorang (Rujuk Sohih Muslim: No. 2742).

Dahsyat juga isu nih yek….

April 16, 2009

Semalam saya check blog stats blog saya nih, rupa-rupanya visitors yang melawat laman saya meningkat dan mencanak naik sehingga hampir seratus orang. Huhu. Lazimnya yang menziarahi saya hanya sekitar 25-30 visitors sehari. Hmm.. Setelah saya mengamati kembali apa yang saya tulis semalam dengan apa yang orang komen, mengingatkan saya kembali isu akhi naim (pkpim) yang menyerang usim sebagai universiti sekular. Ada yang kata saya emosional dan ada juga yang kata saya dengan pelbagai pujian. Hmm, inilah lumrah manusia.

Sebenarnya, semalam saya hanya membaca kosmo! edisi online sahaja. So, tiadalah pandangan YDP MPP yang baru tentang isu ini. Namun ketika saya menghubungi  Sdr Aliff untuk mendapatkan penjelasan beliau menceritakan segalanya. Dia berkata beliau dihubungi oleh seorang wartawan bertanyakan secara umum pandangan beliau mengenai markah kasihan yang diberikan oleh para pensyarah di IPT. Beliau terus menjawab secara umum dengan kenyataan yang telah tersiar dalam akhbar kosmo! semalam. Dia menyatakan kekesalan beliau seolah-olah telah diprovokasi oleh wartawan tersebut dan ingin melaga-lagakan beliau dan pentadbiran USIM. Huhu!!! saya telah menjangkakan bahawa beliau mesti telah ‘terkena’ dengan helah media. Inilah bukti yang sangat jelas bahawa kenyataan yang dikeluarkan di media jangan sesekali diambil ringan dan percaya bulat-bulat. Banyak muslihat dan taktik kotor yang digunakan.

Tambahan pula kalau dilihat pada akbar tersebut, isu ini diletakkan di muka hadapan. Ya muka hadapan!!!. Apa kejadahnya (bak kata edisi siasat ntv7) diletakkan di muka hadapan??? Ada apa-apa ker???.  Hmm… banyak juga pandangan dari pelbagai pihak dan rakan menggesa agar saya mencadangkan pentadbiran USIM mengambil tindakan kepada Cik Nor (bukan nama sebenar).

Bagi pandangan saya, tak perlulah pentadbiran USIM mengambil tindakan terburu-buru atau hendak menyaman beliau. Ini mungkin hanya suatu provokasi atau tipu helah untuk nak dapat duit dengan mudah… Hmm, maklumlah orang yang dah lama bergelumang dengan undeng-undeng (telor orang putih sikit) pandai nak cari makan.

Apa pun, yang boleh saya katakan ialah seperti pepatah arab mengatakan:

ترك جواب الجاهل هو الجواب

“Meninggalkan dari menjawab soalan orang jahil yang ingin menjahilkan kita itulah jawapan kepada persoalan tersebut”

Maksudnya, kalau ada orang jahil yang bertanyakan soalan untuk memperbodohkan kita atau nak provokasi kita, kita tinggalkan sahaja dari menjawab soalannya. Situasi ini selalu diamalkan apabila kita pergi ke program ‘brain wash’ anjuran BTN. Pelbagai soalan dikemukakan namun sebenarnya hanya nak provok. Jawapan yang paling tepat ialah angguk dan kata “Betul Tuan”…, “Wah hebatnya mereka”…, dan tepuk tangan serta katakan “Setuju”!!!! sambil menganggukkan kepala. Dari menjawab namun tetap mereka tak dapat hidayah juga baik kita amalkan petua di atas yer… (Al Baqarah:7)

Konklusinya ialah:

1. Sdr Aliff tidak patut dipersalahkan di atas kenyataan beliau sebagaimana yang tertulis di dalam akhbar semalam.

2. Seluruh warga USIM khasnya, dan masyarakat umum amnya tidak perlu terpengaruh dengan apa yang sedang diprovok kini. Dapatkan hitam putih dan cerita yang sebenar dari mereka yang terlibat. Itu lebih tepat.

3. Berhati-hati dengan media. Setengan pengamal media yang tidak jujur/ tidak berintegriti bisa sahaja memutar belit sebarang kenyataan kita. Apatah lagi kalau dalam bidang politik.. tentu-tentu saja banyak penyelewengan fakta berlaku.

4. Sentiasa muhasabah diri dan sayangilah universiti anda. Kerana universiti anda adalah sebahagian dari catatan sejarah kehidupan anda.

USIM kena jawab fitnah ini….

April 15, 2009

Enggan beri markah kasihan – Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan (KOSMO-15 april 09)

PINTU masuk utama ke Kolej Universiti Islam Malaysia yang kini dikenali sebagai USIM di Nilai, Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa ‘dipaksa’ meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.

Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian ‘markah kasihan’.

“Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam.

Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.

Menceritakan apa yang dilaluinya, Nor berkata, ia bermula apabila dia diberikan surat penjelasan mengenai kegagalan pelajarnya pada Jun lalu melalui dekan fakulti terlibat.

Kerana kegagalan para pelajar itu, dia kemudian dikritik hebat oleh pihak atasan dan mereka mahu dia menambah markah termasuk memberikannya berdasarkan kehadiran pelajar ke kelas sepanjang tahun semata-mata mahu mengurangkan jumlah pelajar yang gagal.

“Tapi saya berkeras. Mana boleh saya beri markah cara demikian sedangkan itu memang tanggungjawab wajib mereka untuk hadir ke kelas,” ujarnya yang menjadi pensyarah di universiti itu sejak Disember 2007.

Tambah Nor, pelajar terlibat bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris.

Ulasan;

– Peristiwa Cik (Sebenarnya bekas Puan) Nor, (bukan nama sebenar) ini berlaku ketika saya masih menjadi YDP MPP. Pernah saya berbincang perkara ini beberapa kali dengan Dato’ TNC Akademik dan Dato’  TNC HEPA. Apa yang memeranjatkan, Cik Nor ini bukanlah seorang pensyarah yang berkualiti tinggi. Dato’ Tnc Hepa sendiri yang menceritakan bagaimana Dato’ Tnc Akademik diherdik dan dimarahi dengan tidak beradab oleh beliau. Bahkan, Dekan FSU juga pernah dihembur dengan pelbagai kata dan dimarahi beliau. Kalau bos sendiri  pun dah tak boleh dihormati, bagaimana penduduk langit dan bumi hendak hormati beliau.

-Pelajar yang disebutkan di atas iaitu pelajar jurusan “UNDANG-UNDANG’ atau nama bangganya “LAW’S STUDENT” (saya tarik balik) juga seharusnya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menginsafi kekurangan yang ada. Jangan pula kita ‘seronok sendiri’ tambahan bergelar pelajar “LAW”. (tarik balik) Tak dapat dinafikan ada sebahagiannya yang menepati standard pelajar law, namun tak dinafikan ada juga yang sebaliknya. Bukan tujuan untuk merendahkan pelajar “LAW” yang dipandang tinggi siang dan malam, namun (tarik balik) sebenarnya dunia kini sangat melihat kepada kemahiran dan juga kemampuan pelajar itu sendiri. So, kita fikirkan bersama. Bak kata nabil, Lu fikirla sendiri.

-Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati pentadbiran USIM agar berhati-hati ketika ingin melantik kakitangan akademik atau pentadbiran. Janganlah mengambil pensyarah yang bermasalah keluarga seperti bercerai-berai yang akhirnya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selidiki dahulu latar belakang pensyarah terutama dari sudut mentalnya. Saya difahamkan bahawa Cik Nor (bukan nama sebenar)  bukan kali pertama telah diminta mengundurkan diri dari alam pengajaran di ipt, bahkan ini adalah ipt yang ke-2 yang meminta agar beliau mengundurkan diri.  Lebih baik undur diri dari dipecat atau dibuang kerja.

-Persoalan yang berbangkit ialah mengapa setelah sekian lama beliau mengundur diri, hari ini isu ini dibangkitkan semula??? Kalau istilah dalam masyarakat, orang akan kata ‘gila talak’ kepada lelaki yang menceraikan isteri tapi masih sayangkan isterinye. Kalau dalam kes ni, apa kita nak kata??? Hmm.. Lu fikirlah sendiri.

-Semoga apa yang berlaku ini akan kita ambil iktibar bersama. Konklusinya, apa yang digambarkan dalam petikan akhbar di atas tidak tepat dan tidak merangkumi keseluruhan pelajar ” LAW”.  Bahkan hanya sebahagian kecil. Sebarang usaha untuk menjejaskan imej  USIM, adalah dikutuk sekerasnya oleh saya.

“Kalau dah tak laku di negeri orang, berhijrahlah ke negeri lain.

Kalau diri sudah tak diingin orang, ……. anda sambunglah sendiri….” huhu.