Archive for May 2009

Tahniah kepimpinan baru Pemuda

May 29, 2009

ust din

1. TAHNIAH.

Saya kira masih tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan Alf Mabruk kepada saff kepimpinan Pemuda PAS Pusat yang menyaksikan ketiga-tiganya menang tanpa bertanding. Meskipun kalau dilihatkan corak @ design kepimpinan Pemuda bagi sessi ini seolah-olah 2-1  dari sudut Ulama’ dan Intelektual, saya yakin bahawa mungkin ini kehendak Allah Ta’ala yang mengaturkan segala sesuatu. Ya, macam-macam bunyi yang kita dapat dengar sepanjang beberapa hari sebelum Y.Bhg Dato’ Mustafa Ali menaklumkan keputusan senarai calon yang memasuki pertandingan. Katanya, (Qila)…  Ada ‘hamba Allah yang memainkan isu dan menarik tali dalam memastikan ketekasayaannya terjamin. Ada yang sanggup ‘cakap kurang benar’ demi memastikan kawan-kawannya menarik diri dan sebagainya. Pelbagai lagilah yang kita boleh dengar. Namun apa yang pastinya ialah tiada unsur RASUAH dalam pertandingan di dalam PAS. Media-media toghut sentiasa memainkan isu ini supaya PAS turut dilihat sebagai parti yang hina, jijik dan celaka seperti beberapa parti yang darah dagingnya adalah RASUAH. mereka juga ingin memalitkan PAS dengan najis mughallazah yang saban hari ditanggung oleh mereka. Maha Suci Allah yang menjauhkan PAS dari amalan hina tersebut.

2. HARAPAN.

Adalah menjadi harapan bagi saya dan sahabt2 lain sebagai seorang pendokong perjuangan yang Maha Suci ini, untuk melihat kepimpinan Pemuda di era baru ini tidak terjebak dengan kebebalan dan kejumudan. Pemuda harus lebih terbuka dan fleksibel sambil tampil dengan ketampanan sebagai mujahid muda di dalam perjuangan. Isu kepiah, tak thiqah pakai baju lengan pendek, dan entah apa lagi isu2 kanak-kanak di awal2 usia pengenalan berjama’ah harus ditangani dengan bijaksana. Sikap tasyaddud dengan pembawaan masing-masing harus disulami dengan keterbukaan dan kefahaman yang tinggi. Ini kerana, kita mahukan idol2  dan figur2 muda dari kepimpinan yang baru yang boleh diterima oleh semua bangsa dan agama. Sikap kurang mesra dan tidak ‘pandai’ menyantuni golongan bukan melayu khususnya harus dikikis sekiranya sayap kanan parti Islam ini mahu diterima oleh semua peringkat masyarakat.

3. STRATEGI

Dalam mendepani cabaran yang kian getir disaluti pula pelbagai isu yang menghempas pantai perjuangan, sewajarnya bagi Pemuda untuk mengatur strategi yang lebih ampuh dan mampan bagi menghadapi musuh2 Allah. Di sinilah, kecerdikan, keberanian dan kewibawaan memainkan peranan penting dalam kepimpinan pemuda. Harus ditekankan beberapa strategi yang perli di atur merentasi beberapa isu. Antaranya, pendidikan, bukan Islam (KPP), keutuhan kerajaan PR, kerjasama dengan NGO2, Hal Ehwal Parlimen (meskipun tiada suara Dewan Harian Pemuda di dalamnya) dan pelbagai lagi isu yang saya kira para pimpinan pemuda lebih arif dan berpengalaman.

Apa-apa pun, saya mengucapkan Tahniah dan takziah kepada saff kepimpinan pemuda yang baru. Semoga di bawah kepimpinan kalian, jentera pemuda akan terus bergiat dengan jayanya di persada perjuangan ini.

Advertisements

Pelik tapi benar…

May 21, 2009

menantu

1. RAJA LAWAK

Qala Khairi Jamaluddin Al Menantu:

“Kita tidak perlu bertanding, ini (pilihan raya) agenda pembangkang, ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihan raya.” itulah sebahagian petikan ucapan Y.B. Ketua Pemuda Pekembar Malaysia. Disohihkan oleh Utusan Malaysia.

Menghiburkan bahkan boleh dipilih sebagai finalis Raja Lawak Astro! Saya masih ingat bagaimana pihak pemerintah mencemuh dan menghina para pembangkang kerana memulau dan protes sebuah pilihanraya kecil suatu ketika dahulu. Seluruh media massa, radio dan rancangan telivisyen menghentam pakatan pembangkang keraja mengadakan protes terhadap PRK tersebut. Memang wajar dan tak pelik kalau yang mengadakan protes itu pakatan pembangkang. Nama pun pembangkang… apa yang nak diherankan. Tambahan pula pihak pemerintah ketika itu sangat kuat me’muja’ dan meng’hidup’kan para pengundi ‘hantu’. Sistem demokrasi yang sememangnya tak pernah dihormati oleh pihak mereka semenjak sekian lama, kini hendak dipesongkan kepada 360 darjah dengan mengatakan pakatan pembangkang pula yang tak hormat dan junjung sistem demokrasi???? Memang Raja Lawak betul KJ ni.

2. TANDA PERUBAHAN

Kalau kita amati dan fahami kenyataan mereka ini, nampak sangat jelas bahawa mereka sudah mula belajar bagaimana nak jadi pembangkang. Barangkali 2-3 tahun lagi…?? Dari ucapan dan tindak tanduk mereka yang gelabah biawak sememangnya memberikan isyarat yang sangat jelas bahawa Be End akan mengecapi saat kematiannya. Kerja protes-memprotes ni hanya kerja pembangkang, namun kini Be End sudah mula belajar.

3. PERTAHAN MARUAH

“Adalah lebih bermaruah untuk tidak bertanding kerana saya rasa kita mempertahankan maruah kita dengan tidak ambil bahagian dalam pilihan raya kecil yang memperlekeh institusi demokrasi,” katanya.

Persoalannya, pernahkah Be End mempunyai maruah??? Lihat sahaja siri-siri PRK yang berlansung di Malaysia sejak sekian lama. Apakah benar pakatan pembangkang bertarung dengan Be End atau bertarung dengan jentera kerajaan Malaysia??? Tidak sedarkah dengan siapa pakatan pembangkang bertarung sebelum ini…??? Setiap kali PRK menjelang pasti akan habis jalan-jalan yang tak rosak, dirosakkan dan diturap semula. Pelbagai jenis projrk ‘mee segera’ dilaksanakan demi mengaburi mata rakyat???  Tidak tindakan ini bermaruah…??? Bermaruahkah mereka yang bertarung dengan pakatan pembangkang menggunakan  jentera kerajaan yang sesiapa sahaja sebenarnya boleh memerintah??? Siapa anda(Be End) ingin bercakap soal maruah???

Bersiap sedialah bahtera Be End akan berlabuh di tepian pantai neraka… Setiapa penyelewengan pasti akan terbongkar suatu hari nanti. Lihatlah nasib Dr. Mat Tempe di Selangor. Melalaklah selama setahun di rumahnya akibat ditahan dari sidang DUN selama setahun.

Farid: Sibuk nak bangunkan rumah tangga…