Archive for June 2009

Kursus Pemantapan Jawi Terkini

June 28, 2009

jawi

Pada 28 Jun 2009, Warisan M Enterprise yang diterajui bersama oleh saya dan sahabat, Sdr. Mukhtaruddin menganjurkan Kursus Pemantapan Jawi Terkini. AlhamdulilLah program kursus yang dirancang sebelum ini terlaksana jua. Kursus ini disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Sabri Aziz, seorang guru pakar Tulisan Jawi yang di’import’ khas dari Kedah.

jawi3

Antara matlamat kursus ini dijalankan ialah untuk menyemarakkan kembali kegemilangan penggunaan tulisan jawi di alam melayu sekaligus memberikan teknik tulisan jawi yang terkini dan menepati kaedah tulisan Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Meskipun tulisan jawi sudah semakin pupus dan ditinggalkan oleh generasi muda, saya bersyukur kerana masih ada segelintir umat melayu yang masih mengambil berat soal tulisan jawi ini.

jawi2

Modul yang digunakan di dalam kursus ini sangat penting dalam menjadikan tulisan jawi yang kerapkali saya gunakan untuk kajian dalam kitab melayu dieja  dan ditulis dengan kaedah yang betul. Kursus yang memuatkan kaedah penulisan, tulisan, ejaan dan susunan yang betul mampu meningkatkan pengetahuan dan penguasaan dalam tulisan jawi bagi semua peringkat masyarakat.

Semoga kursus ini akan terus diminati dan disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda melayu.

Advertisements