Archive for July 2009

Pengalaman awal dai’e muda di alam realiti….

July 29, 2009

“Nama saya Mohd Farid Bin Din. Anda boleh panggil saya Ustaz Farid. Saya Pensyarah baru di kolej ini” ujar saya sebagai pembuka bicara sesi ta’aruf bersama para pelajar subjek pengajian islam. “Ustaz, tulis la nama ustaz kat whiteboard!” ujar seorang gadis yang agak manis. “Saya rasa tak perlu, anda semuakan sudah besar dan pandai. Anda eja lah sendiri” balas saya. “ustaz ni pekak ke ape? orang suruh tulis tu, tulislah!!!!”. Inilah ayat pertama yang saya dapat dari suatu kuliah yang sedang saya ajar. Saya hanya senyum. Teringat kisah Nabi dicaci maki, sungguh menginsafkan. Saya hanya berhadapan dengan adik-adik sebangsa saya. Sangat pilu dan memilukan kalau seorang dai’e melenting bila dikasari oleh mad’unya.

Saya teruskan kuliah saya dengan mula memperkenalkan diri dan latarbelakang pengajian. Kemudian meminta agar semua student saya memperkenalkan diri mereka. For sure, tak semua nama adik-adik saya dalam kuliah saya dapat ingat. Setahu saya saya mengajar hampir 400-500 orang students dari pelbagai bidang diploma mereka. Ada dari Diploma Syariah (Saya ajar Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh Muqarin dan B.Arab Komunikasi 5), dan sebahagian besar students Diploma Pengurusan Perniagaan semester 1 (subjek Pengajian Islam).

Namun, apa yang berlaku di hari pertama pengkuliahan saya ini sangat mematangkan saya. Saya cuba mengambil pendekatan bahawa mereka suka dilayan sebagaimana aku suka dilayan begitu sebaliknya. Pendekatan terbaik yang boleh digunakan ialah “make them as my friend”. Saya anggap dan layan mereka macam kawan-kawan. Saya juga berjiwa muda dan hakikatnya ialah memang masih muda. Orang muda hakikatnya sukakan sesuatu yang simple, sempoi dan smart!!!

Saya memulakan setiap kuliah yang baru saya masuki dengan membuat muhasabah ringan. Topiknya mudah, MATI!!! Ya, Mati. Mati adalah suatu realiti yang bakal setiap tempuhan. Mati adalah hak milik setiap insan. Setiap tujahan hati yang saya cuba berikan mesti dikaitkan dengan kematian. Ini kerana hanya dengan menjamahkan hati yang kayu dengan mati bakal menyegar dan menghidupkan hati yang separa mati dan strok!!!

Kini, adalah minggu kedua saya masuk kuliah. Perubahan yang baik sedang rancak berlaku. Ada para pelajar perempuan mula berkelubung ala ‘rosmah najib’ dan tak kurang juga ada yang kelubung kepala menggunakan baju mereka. Hakikatnya, mereka perlu dibimbing secara perlahan-lahan.Tak kurang juga ada yang mula serasi dengan ustaz muda ini. Saya sama sekali tidak menggunakan pendekatan sebagai ahli faqih yang terhormat dan perlu disanjung tinggi sebagaimana sebahagian manusia yang tak mengenal mad’unya. Siapalah saya untuk dihormati dan disanjungi?? Hakikat yang saya dapat lihat dari sanubari saya ialah mereka dahagakan kasih sayang, perhatian, dan pendekatan yang sesuai dengan jiwa mereka.

Dapatkan jiwa dan hati mereka dahulu, nescaya kamu akan dapat hormat mereka. Doakan saya untuk terus istiqamah berdakwah di sini. Saya yakin bahawa medan dakwah saya perlu bermula di sini. Mengenal dan memahami realiti mad’u muda di alam ini. Buat para dua’t yang masih meracau dan berapi-api, jangan padamkam semangat membara itu dengan air gaji yang menipu diri atau cuma duduk mencangkung di kampung sendiri, menanti dan menanti bila mad’u datang menyerah diri!!!!.

Advertisements

Jom Gi Daftar!!!!

July 6, 2009

3.7 juta rakyat tidak mendaftar – SPR undi yang belakang yer..... saya tak pe, dapat duit upah sengih!!!!

KOTA BHARU 4 Julai – Seramai 3.7 juta daripada 27 juta rakyat di negara ini yang layak mendaftar sebagai pemilih didapati tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik.

Katanya, situasi itu membimbangkan kerana masih ramai golongan muda berusia antara 21 dan 39 tahun belum sedar hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan dan kelangsungan proses demokrasi negara.

“Berdasarkan jumlah pemilih yang dikemas kini SPR sehingga 31 Mac tahun ini, hanya 11 juta rakyat yang didapati menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih apabila tiba kelayakan umur 21 tahun.

“Seramai 3.7 juta lagi rakyat tidak mendaftarkan diri meskipun sudah tiba kelayakan umur untuk mendaftar.

“Situasi ini membimbangkan kerana jumlah itu agak besar dan boleh memberi kesan kepada kelancaran perjalanan proses demokrasi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada media mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai di sini hari ini.

Ulasan:

1. Inilah sebenarnya peluang bagi semua parti politik di Malaysia untuk mengambil peluang bertemu dan menerangkan halatuju perjuangan masing-masing kepada para pengundi muda. Dewasa ini, kini melihat majoriti golongan muda adalah terdiri dari golongan cerdik pandai, lulusan universiti, kolej dan sebagainya. Saya kira usaha menjelaskan matlamat dan halatuju perjuangan parti masing-masing akan meningkatkan keghairahan kepada para pengundi muda khasnya untuk mendaftar sebagai pengundi.

2. Jelas di sini, rata-rata anak muda yang tidak mahu mendaftar sebagai pengundi disebabkan beberapa faktor. Antaranya:

A. Sibuk dengan kerjaya. B. ‘Kurang Celik’ senario politik semasa tanah air. C. Pasif terhadap perkembangan dan ketamadunan negara. D. Merasakan dirinya bukan sebahagian dari negara. E. Alasan “tak suka Politik’ atau ‘Politik ini kotor’.

3. Sehubungan itu, semua pihak baik Pihak Pemerintah, SPR, Pembangkang, Guru, Pensyarah dan Majikan harus segera menyelesaikan isu ini. Pendedahan kepada politik itu merupakan keperluan dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran negara dapat diteruskan.

4. Nasihat saya, bagi anak2 muda dan adik-adik di IPT yang dah cukup umur 21 tahun, segeralah mendaftar sebagai pengundi. Bukan semua YB yang ada di Parlimen atau DUN hidup lama, ada yang dah tua kerepot nak mati dah pun masih jadi YB. Bila2 masa ja akan padam. YB yang muda pon apa kurangnya kalau dah dari muda hisap rokok berkotak-kotak, tak kan boleh hidup lama kot. So, konklusinya, semua kita anak-anak muda perlu bersedia, bersiap siaga untuk mendukung perjuangan yang akan dipikulkan ke atas pundak kita semua. So, apa tunggu lagi, pergilah mendaftar!!!.

Farid: Mendaftar sebaik sahaja cukup umur….

Akhirnya… DPPP tak bertepuk sebelah tangan.

July 5, 2009

Surat persetujuan ditandatangani Khairy diserahkan Jumaat lalu: Razali
(B.Harian Online: 5 Julai 09)

PUTRAJAYA: Wacana ilmiah antara Dewan Pemuda Pas Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno akan diadakan selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.
Datuk Razali Ibrahim
Katanya, surat persetujuan yang ditandatangani Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menyertai wacana ilmiah itu sudah diserahkan Jumaat lalu kepada Dewan Pemuda Pas Pusat.

“Wacana ilmiah ini bertujuan membolehkan kedua-dua pihak berbincang secara terbuka dan ia akan diadakan dengan atau tanpa publisiti.

“Oleh itu, saya berharap tidak ada perkara yang akan menggagalkan hasrat murni kedua-dua pihak ini sama ada dari segi tajuk atau sentimen,” katanya semalam.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican, pula berkata pergerakan itu mahu al-islah (kebaikan) dan al-haq (kebenaran) dijadikan asas kepada wacana itu demi kepentingan masyarakat Melayu dan agama Islam.
Datuk Reezal
Katanya, wacana itu perlu menjadi medan untuk mencari titik persamaan demi kepentingan rakyat, bukannya medan untuk menonjolkan kehebatan mana-mana pihak.

Katanya, al-islah dan al-haq sering diperkatakan pemimpin Pas sebagai asas perjuangan parti itu, jika perbincangan itu bertujuan untuk mencari kebaikan ia perlu diadakan atas landasan itu.

“Pemuda Umno sentiasa istiqamah dengan perjuangannya dan sedia bermuzakarah dengan Pemuda Pas atas landasan al-islah dan al-haq. Bukan untuk mencari kemenangan moral politik sebagai asas utama.

“Oleh itu Pemuda Pas perlu menghuraikan segala kekusutan dan menzahirkan keikhlasan mereka untuk berbincang dengan Pemuda Umno yang sanggup menerima wacana itu walaupun tajuk diberikan ada unsur provokasi terhadap Umno, ” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Wacana Ilmiah itu dicadangkan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, secara terbuka menjemput Pemuda Umno mengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu dan ia disambut baik Pemuda Umno.

Perkara itu mendapat reaksi positif Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyifatkan cadangan itu satu dakwah dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut merestui perbincangan membabitkan dua sayap parti itu.

Mengulas mengenai kenyataan Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Subky Yusof, yang menyifatkan wacana itu sebagai satu taktik untuk menarik perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berdebat selepas tiga kali menolak pelawaan Ketua Pemuda Pas adalah tidak berasas.

Ulasan;

1. First of all, Congratulation kepada Pemuda Umno kerana tidak menjadikan Pemudanya seperti Bapa mereka (Isteri rosmah). Keterbukaan ini mencerminkan Pemuda Umno sudah kian berani berhadapan dengan masyarakat. Tahniah la YB KJ sebab setuju terima pelawaan buat wacana nih.

2. Cuma ucapan mamak merican ni ja yang saya pening sikit: “Katanya, wacana itu perlu menjadi medan untuk mencari titik persamaan demi kepentingan rakyat, bukannya medan untuk menonjolkan kehebatan mana-mana pihak”.

Kalau nak cari titik persamaan lebih baik tak payah buat wacana ni mangkuk!!!. Kita berwacana, berbincang nak cari apa yang tak sama kemudian kita bagi sama atau kalau ada kekurangan kita buat penambahan, kalau ada kesilapan kita buat pembetulan. Ngook.. Kalau dah ada kekurangan, cacat cela dan kesilapan sudah tentulah akan tertonjol kelemahan pihak tersebut dan akan nampak hebatlah pihak sebaliknya.. Macam ni punya orang pun ada ka kat muka bumi nih… (sorry kasar sikit, biasalah pemuda…)

3. Al Islah maksudnya melakukan pembaikan dan pembetulan. Sebagaimana Para Nabi terdahulu yang tugas mereka ialah memperbetulkan ummat dan masyarakat agar selari dengan ISLAM dan bukannya mengajak kepada fahaman KEBANGSAAN dan Aqidah SEKULAR yang diamalkan sesetengah pihak di muka bumi.

4. Al Haq pula membawa maksud kebenaran. Firman Allah : “Al Haq itu dari Tuhan Kamu sekalian”. Kebenaran lawannya Bathil. Bathil itu adalah kesesatan yang nyata. Segala yang bersimpangan dan bertentangan dengan Al Haq (ISLAM) maka itulah Bathil dan setiap yang Bathil adalah Dholalah (Kesesatan). Siapa sahaja yang menyimpang dari Jalan Al Quran dan As Sunnah maka ia mengikuti jalan Bathil dan menjadi sesat. Faham????
Maksud mudahnya ialah setiap perjuangan yang berpaksikan fahaman kebangsaan, aqidah sekular (pemisahan agama dan dunia) adalah bathil dan sesat. Ya, sesat. Siapa sahaja mereka itu…. di dunia ini.

Nah, mungkin ini boleh dikongsi bersama oleh para panelis wacana tuh nanti. Ingat, AL HAQQU MIN RABBIKUM!!!!!

Wacana Pengganti Debat???

July 2, 2009

Us Nasrudin at TontowiAl Kisah…..

Sungguh benar akan dilihat oleh orang ramai sebagai pemuda berani dan berjiwa tinggi andainya Pemuda Umno sanggup berhadapan Pemuda Pas dalam wacana yang akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat.

Terdetik dalam jiwa saya, beranikah Pemuda Umno terima pelawaan tersebut??? Mesti KJ akan bangun bertahajjud di malam hari dan beristikharah di siang hari memohon petunjuk samada nak berwacana ke tidak? maka bercucuranlah air mata kerana resah dan gelisah.

Kalau tak terima pelawaan tersebut, YB KJ akan dipandang jijik dan hina oleh masyarakat dan menyamakan beliau dengan pemimpin pemuda umno terdahulu. Silap-silap hari bulan Mukhriz ngan Dr.Tempe akan menemplak KJ pulak.. “Tu la hari tu kami kata jangan bertanding KP Umno..Ko degil… sekarang orang dah ajak berwacana pegilah….” agaknya itulah barangkali luahan mereka berdua.

Dan kalau terima pula orang akan memandang KJ ni jauh lebih hebat dan berani daripada Isteri Rosmah, DS Najib. Tak sempat nak kemuka surat pelawaan dah ditolaknya awal-awal… DS Najib ni akan terasa hati pulak… “Ni KJ ni nak tunjuk poyo la plak… Sementelah aku yang jadi PM dan Presiden Umno pon tak berani nak berhadapan dengan Pas, dia senang-senang jer nak berwacana engan Pas… Aiseyy… nak kena ajar budak nih…” barangkali itulah luahan DS Najib kalo KJ terima pelawaan tersebut…

YB Khairy al Menantu

Tajuk yang dicadangkan juga terlalu hebat dan boleh menyemputkan umno dan Be End. Kalo Pemuda Umno tak tonjolkan wakil-wakil yang ada ilmu agama nescaya akan tercirit biritlah pemuda Umno nanti. Barangkali masa inilah ulama-ulama muda umno nak tunjuk kejantanan masing-masing. Datuk Pirdaus Seringgit (mantan Imam Besar) mungkin boleh dijadikan calon yang sesuai untuk mewakili Pemuda Umno. (Tapi kena bagi komisen la skit… mana ada benda yang free dalam dunia ni beb..!!!)

“BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM”

Itulah tajuk yang bakal diwacanakan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Apa pon, saya doakan agar kebenaran itu tetap akan diberikan kemenangan.

“Wahai Allah, Tunjukkan kami kebenaran itu sebagai suatu kebenaran dan berikan kami petunjuk untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu suatu perkara yang batil dan kurniakan kami kekuatan untuk menjauhinya” Aminn…