Ujian Tuhan pelbagai rupa…

riyadhus solihin.
Pagi Ahad yang lalu saya menyampaikan kuliah subuh di Masjid Jumhuriyyah, Taman Dato’ Haron di PJS. Dalam kesibukan saya menjalani kehidupan sebagai tenaga pengajar di kolej, saya hanya mampu untuk membelek beberapa hadith sebagai bekal untuk menambah pengetahuan saya. Terasa sangat berbeza antara masa sebelum bekerja dengan selepas bekerja. Masa untuk mentela’ah ilmu kini sudah semakin sempit terasa. Ketika saya sedang meneliti beberapa hadith yang ada di dalam kitab Riyadus Solihin karya Al Imam an Nawawi rhm, saya terjumpa sebuah hadith yang sangat menarik perhatian saya. Lantas saya bertekad akan membacakan hadith tersebut sebagai perkongsian ilmu bersama para ahli jama’ah.

Sungguh kita sedari bahawa Allah menciptakan kita tentu sekali dengan matlamat dan tujuan yang jelas. Allah sama sekali tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Dia telah menjelaskan kepada kita untuk apa kita diciptakanNya.

Saya mulakan kuliah dengan memperingatkan diri dengan firman Allah di dalam surah al-Mulk ayat ke dua yang bermaksud: “Allahlah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan (untuk) menguji kamu siapakah yang paling baik amalannya”. Juga ayat ke dua surah Al Insaan: ” Kami ciptakan manusia itu dari nutfah (campuran air mani) untuk kami menguji mereka maka kami jadikan kepada mereka (alat) pendengaran dan penglihatan”.

Dengar dan lihat, dua natijah yang diperolehi dari nikmat telinga dan mata. Saya kira ia simbolik dari Tuhan kepada manusia bahawa ujian manusia yang paling hampir pada dirinya terletak pada dua perkara ini.

telinga

Dengar, ya dengar. Hasil dari penggunaan telinga menghasilkan pendengaran. simboliknya ialah manusia suka dan mahu suaranya di dengari. Mungkin juga suka agar namanya disebut-sebut dan dia rasa bangga bila namanya kedengaran di serata pelusuk bumi. Kerana itu juga bayi yang masih kecil menangis jika dia terasa tidak diperhati dan didengari, manusia menangis untuk menarik simpati dan pelbagai lagi dari kaedah dengar ini. Jelasnya, telinga dan dengar itu sebenarnya suatu ujian kepada manusia.

mata

‘Dari mata jatuh ke hati’. suatu ungkapan kata yang ada kebenarannya. dari suatu pandangan dari mata kita akan menyebabkan jiwa kita tak tenteram. Mata kalau terpandang sesuatu yang berkenan di hati, maka jiwa terasa tak senang hati. Mata melihat kesenangan orang, mula timbul rasa tak puas hati. mata lihat keindahan hak orang lain, keinginan memilikinya juga terdetik di hati. Mata melihat kerajaan negeri orang, hati mula dengki nak bawa lari. macam-macam lagi dari mata. Ya semuanya berpunca dari mata. Barangkali itu yang diingatkan Allah kepada kita setelah Dia sebut manusia akan diuji, lalu diberi mata dan telinga sebagai bahan terdekat untuk diuji.

bersambung…..

Advertisements
Explore posts in the same categories: Tenangkan Minda

One Comment on “Ujian Tuhan pelbagai rupa…”

  1. bapa tabah Says:

    saya dan isteri baru mendapat babyboy pertama,saya sgt gembira tp pabila doktor menunjukkkan sesuatu pada saya terdapat keganjilan pada tangan baby itu,,ya allah tangan anakku cacat,terasa gelap seketika dunia ini.saya dan isteri menangis mengenangkan nasib anak kecil ini..terasa berar sgt ujian yg allah berikan pada kami,,tp pabila melihat ketabahan isteri saya menjadi kuat,,saya berazam akan mendidik anak ini menjadi insan yg soleh,berguna,baik dan berjaya,,ya saya takkan biarkan anak ini merasa rendah diri dengan kekurangannya…..buat anakku papa dan mama tak pernah menyesal menerima kehadiranmu dalam dunia ini…papa dan mama sgt sayangkan kamu,papa janji akan membahgiakan dirimu sehingga nafas yg terakhir,,ini janji papa….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: