Archive for October 2009

BAGAN RASUAH & TOKOH RASUAH MALAYSIA

October 12, 2009

Tentu sekali sekalian pembaca mengetahui keputusan yang sudah dijangka dari awal. Saya dari awal lagi menjangkakan bahawa pakatan rakyat akan tertiarap di sana kerana faktor utama kemenangan Beer End sudah awal lagi menggamit ceria. Ya, UNDI POS. Lihat sahaja undi pos yang diperolehi oleh tokoh rasuah tersebut, 3,521 undi pos berbanding calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar hanya memperoleh 601 undi. Dan undian keseluruhan yang diterima oleh ISA ialah sebanyak 8,013 undi. Setelah pelbagai provokasi dilakukan terhadap pakatan yang didokongi bersama oleh Suruhjayakan Pilihan Rasuah (SPR) dan pihak berkuasa lain, akhirnya Rasuah mengekalkan DUN tersebut dengan bangganya.
Justeru, saya ingin mencadangkan agar DUN Bagan Pinang ditukar kepada ”BAGAN RASUAH” sebagai peng’hormat’an ke atas kejayaan Tokoh Rasuah Malaysia peringkat Negeri Sembilan iaitu Tan Sri Isa Samad Ar Rasyi.
Buat pejuang rakyat yang tidak berjaya dengan cemerlang di pentas Bagan Rasuah kali ini, jangan berputus asa. Secara peribadi, saya ucapkan tahniah dan terima kasih di atas usaha mereka yang bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan Islam di situ. Moga Allah akan membantu perjuangan kita di PRU ke 13 yang mendatang.

Advertisements