Archive for January 2011

Pandai itu pakej sebenarnya…

January 26, 2011

Orang berilmu itu bukan semuanya bijak.. ada yang menjadi berilmu bila banyak membaca dan menghafal. Tak kurang juga yang berlingkar dengan buku sehingga tiada dunia selain bukunya sahaja. Namun adakah semua orang yang berilmu itu boleh selamat dan berjaya di dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini??. Sebenarnya, berilmu sahaja tidak cukup. Hidup berilmu tanpa hikmah iaitu kebijaksanaan adalah sia-sia.
Suka saya kongsikan pengalaman saya sebagai seorang guru. Saya mempunyai ramai pelajar dan pastinya mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Suatu ketika, sorang pelajar yang sangat bijak dan pandai di dalam akademik serta diharapkan sebagai ‘pelajar harapan’ ingin berhenti sekolah. Alasannya mudah tak mahu belajar lagi di sekolah tersebut. Puas ibunya memujuknya agar jangan berhenti, namun ia tetap berkeras. Biasalah, inikan fenomena “Anak mengatur Ibu dan Ayah” sesuai dengan hadith tentang alamat @ tanda berlakunya kiamat. Lantas, ia mengambil keputusan untuk berhenti dan ianya telah jelas terjadi. Selang beberapa hari kemudian, timbul isu baru. Pelajar tersebut tidak serasi dengan sekolah baru kerana ada masalah dari sudut pendaftaran untuk satu peperiksaan umum yang bakal ditempuhinya. Akhirnya ia ingin ‘merujuk’ semula. setelah disiasat, maklumat yang ditemui menunjukkan bahawa dia mahu berhenti sekolah kerana fobia dan trauma dengan abang-abang senior yang pernah buli dia suatu ketika dahulu, walhal pelajar2 tersebut sudah tiada lagi di asrama. Semuanya berulang 2 tinggal di rumah sewa.
Jelas di sini, hanya kerana takut dengan bayang-bayang lama, ia mengorbankan masa depannya. Moralnya: belajar pandai sahaja tidak cukup, yang lebih utama ialah seseorang itu harus seimbang dari sudut jasmani dan rohanai. Kena ada kekuatan dalaman, pandai bersosial dan belajar mengatasi konflik dalam kehidupan.
Sebenarnya pandai itu mestilah ada elemen2nya. Pandai dari sudut akademik, pandai bersosial, pandai mencari jalan penyelesaian, pandai memnbuat keputusan, pandai membaca keadaaan sekeliling.. dan pelbagai lagi la pandai sebenarnya. Mudahnya nak disebut, pandai itu pakej sebenarnya…

Advertisements