Masihkah kita dalam keadaan fitrah???

Posted September 25, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda

Baby-fitrah

Ramadhan telah berlalu beberapa hari yang lalu. Kini, secara hakikatnya umat Islam melayu akan beraya selama sebulan. Lazimnya, kebanyakkan kita (termasuk saya) akan meninggalkan atau mengurangkan amalan sebagaimana banyaknya amal di bulan Ramadhan. Saya sangat tertarik dengan khutbah Aidul Fitri yang telah disampaikan oleh As Syeikh Dr. Yusuff Al Qaradawi beberapa tahun lalu. Antara isi kandungan khutbah tersebut ialah, Tuan Syeikh berpesan

“Sesiapa yang menyembah bulan Ramadhan, maka ketahuilah bahawa bulan Ramadhan itu sudah berlalu. Namun, sesiapa yang menyembah Allah, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Hidup dan tidak akan mati”

Khutbah ini sangat menginsafkan diri saya yang kerdil ini. Rata-rata manusia begitu gigih beribadah di bulan Ramadhan namun meninggalkan secara total amalan yang kita lakukan selama sebulan dengan begitu mudah. Al-Quran ditinggalkan, Solat-solat sunat diabaikan, Zikir dan selawat pula hilang seolah-olah tidak pernah wujud, sedekah pun menjadi beku.

Mari kita bermuhasabah, adakah kita ber’graduat’ dari Universiti Ramadhan tanpa mendapat segulung ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Allah (AQA)? Adakah dalam banyak-banyak amal yang kita lakukan di bulan Ramadhan lalu, tiada satu pun yang Tuhan kurniakan menjadi amalan lazim kita di luar Ramadhan sebagai Anugerah Khas Universiti Ramadhan??? Mengapa masih banyak dosa yang kita lazimi setelah kita berusaha mensucikan diri di bulan yang berlalu??? Masihkah kita berada di dalam keadaan fitrah seperti baru dilahirkan dari perut ibunya??? Berbanggakah kita menyambut I’dul Fitri sedang dosa kita bertimbun-timbun tidak diampuni dan permohonan ampun kita tidak dilayan oleh Allah? Sempurnakah ibadah puasa kita yang lalu jika setelah Ramadhan kita masih ber’iman’ dengan fahaman dan ideologi yang tidak selari dengan jalan Taqwa dan bertentangan dengan ‘Aqidah Islam yang sebenar? Masih mendokong faham kebangsaan yang sesat,apatah lagi menyokong kezaliman dan kefasadan?

Ya, persoalan ini akan saya jadikan suatu bahan muhasabah bagi diri saya. Mudah-mudahan I’dul Fitri (Kembali kepada fitrah) yang kita sambut ini bersesuaian dengan keadaan diri kita yang juga kembali kepada fitrah. Nas alulLahul A’fiah wal Maghfirah. Amiin.

Salam Aidilfitri 1430H

Posted September 21, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda

eidulfitri1

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…

Segala Puji bagi Allah yang menjadikan Syawal sebagai hari bagi ummat Islam menyambut kemenangan dari perjuangan di bulan Ramadhan yang lalu.

Saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh sahabat-sahabta dan para pengunjung laman blog saya ini. Semoga Allah mengampunkan dosa dan kesalahan kita selama mana kita tidak melakukan dosa besar sehingga ramadhan tahun hadapan. Amiin.

Ucapan selamat hari raya juga saya tujukan kepada seluruh Alumni Usim, sahabat2 para pensyarah dan rakan pelajar di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dan seluruh muslimin sekalian.

TaqabbalalLahu Minna Waminkum….
Minal ‘Aaiediin wal Faizin…
Salam Lebaran 1430H.

Persoalan di akhir Syahr Ramadhan…

Posted September 18, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda

terbenam

Pejam celik, pejam celik… Bulan Ramadhan yang mulia telah hampir meninggalkan kita semua. Telah berlalu bulan yang mulia dan kini kta kembali di dalam medan pertempuran. Nafsu dan syaitan kembali bergabung membentuk barisan nasional untuk memastikan pakatan iman dan aqal sentiasa kecundang.

Di dalam kesibukan kita bakal menyambut Hari Raya yang bermakna ini, saya mengajak diri saya yang lemah ini bersama saudara sekalian untuk kita bermuhasabah dengan kepemergian ramadhan tahun ini. Beberapa persoalan harus dikemukan kepada diri kita:
1.Sejauh manakah kita telah mencuci jiwa kita di bulan ini?
2.Sebanyak manakah amal yang kita tempa di bulan ini untuk dibawa ke akhirat nanti?
3.Sudahkan kita menggapai keampunan dari Allah SWT?
4.Apakah kita sudah benar-benar berpuas hati dengan pencapaian kita di bulan ramadhan tahun ini?
5.Apakah kita sudah mengecapi rahmat dan kasih sayang Allah dari 10 ramdhan pertama?
6.Sudahkah kita berusaha sesungguhnya untuk mengkhatamkan Al-Quran di bulan ini?
7.Berapa harikah kita tidak mengerjakan solat sunnat tarawih?
8.Berapa banyak dosa yang kita berjaya tinggalkan di bulan ini?
9.Apakah kita sudah membuang 100% fahaman dan ideologi yang menyimpang dari jalan taqwa?
dan banyak lagi persoalan yang perlu kita bangkitkan di akhir ramadhan ini.

Masih ada kesempatan untuk kita memohon maghfirah kepada Allah SWT dan berusaha menjadi golongan yang berjaya. Tahniah kepada yang berjaya melepasi halangan dan dugaan sepanjang ramadhan… Takziah kepada mereka yang kecundang serta Rugilah mereka yang mensia-siakannya.

Ahlan Ya Ramadhan

Posted August 21, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda

رمضان 2

Ramadhan Kariem….
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita sebenar-benar hamba. Kerap kali kita menyambut Ramadhan dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar. Ada yang sudah menyusun jadual ibadahnya, ada juga yang menyusun senarai barang dan perhiasan untuk di beli bagi persiapan raya, kalau di offices pula, akak2 dah mula sibuk menerima tempahan buat kuih raya, di kedai2 jahit dah siap menerima tempahan baju raya dan sebagainya…

Moga juga di Ramadhan ini, niat puasa dan matlamat puasa ini benar-benar selaras dengan kehendak Tuhan. Iaitu melahirkan hambaNya yang bertaqwa. Sesuai dengan firmanNya “Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa”. Ramai manusia yang berpuasa kerana puasa di bulan ini adalah suatu perkara yang diwarisi turun temurun, ada juga puasa kerana dengan tujuan nak sambut raya- kalau tak posa maka tak leh nak raya, ada yang puasa kerana nak diet, ada juga yang posa kerana tak mahu nanti dikatakan orang bahawa dia tak berpuasa. Dan pelbagai lagi sebab musabab manusia berpuasa. apa pun, biarlah puasa itu akan menjadikan kita di akhirnya tetap ikhlas kerana Allah.

رمضان 1

Matlamat puasa itu iailah mendidik jiwa, mengekang nafsu, menyubur hati dan merendahkan diri. Jiwa terdidik dengan kesabaran, nafsu dikekang dengan kelaparan, hati di subur dengan ibadah, diri dikuasai dengan dengan keinsafan. Berusahalah, berjuanglah sebaiknya di Ramadhan ini dengan sebenar-sebenar usaha dan perjuangan. Barangkali mungkin ini Ramadhanku yang terakhir….

Beristighfarlah, merintihlah, tangisilah diri yang kerdil ini di bulan Ramadhan moga Allah memberikan keampunanNya terhadap kita yang hina ini. Teringat suatu hadith yang masyhur, bila mana Nabi SAW menaiki mimbar baginda untuk berkhutbah, Nabi mengucapkan Amiin sebanyak tiga kali. Seusai bersolat, para sahabat bertanya apa yang berlaku di mimbar tadi. Jawab Nabi: Jibril telah mendatangiku seraya mengatakan “Katakan “amiin” wahai Muhammad kepada doa-doaku. Pertama, Celakalah sesiapa yang disebut nama Muhammad SAW lantas tidak berselawat ke atasnya. Nabi berkata:’Amiin’. kedua, Celakalah sesiapa yang mendapati kedua ibubapa atau salah satunya ketika tua lalu mereka tidak berbakti kepada mereka”. Nabi menjawab :’Amiin’. Ketiga, Celakalah bagi mereka yang mendapati ramadhan lalu ia keluar darinya sedang ia tidak diampunkan oleh Allah akan dosa2nya”.

رمضان 3

Nah, insafilah dan renungilah hadith tersebut. semoga kita mendapat pengajarannya. Amiin. Selamat menyambut Ramadhan 1430H. Selamat mendaftar sebagai peserta Kursus Ramadhan 1430 H dan selamat bergraduat dengan cemerlang… Amiin.

Ujian Tuhan pelbagai rupa…

Posted August 13, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda

riyadhus solihin.
Pagi Ahad yang lalu saya menyampaikan kuliah subuh di Masjid Jumhuriyyah, Taman Dato’ Haron di PJS. Dalam kesibukan saya menjalani kehidupan sebagai tenaga pengajar di kolej, saya hanya mampu untuk membelek beberapa hadith sebagai bekal untuk menambah pengetahuan saya. Terasa sangat berbeza antara masa sebelum bekerja dengan selepas bekerja. Masa untuk mentela’ah ilmu kini sudah semakin sempit terasa. Ketika saya sedang meneliti beberapa hadith yang ada di dalam kitab Riyadus Solihin karya Al Imam an Nawawi rhm, saya terjumpa sebuah hadith yang sangat menarik perhatian saya. Lantas saya bertekad akan membacakan hadith tersebut sebagai perkongsian ilmu bersama para ahli jama’ah.

Sungguh kita sedari bahawa Allah menciptakan kita tentu sekali dengan matlamat dan tujuan yang jelas. Allah sama sekali tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Dia telah menjelaskan kepada kita untuk apa kita diciptakanNya.

Saya mulakan kuliah dengan memperingatkan diri dengan firman Allah di dalam surah al-Mulk ayat ke dua yang bermaksud: “Allahlah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan (untuk) menguji kamu siapakah yang paling baik amalannya”. Juga ayat ke dua surah Al Insaan: ” Kami ciptakan manusia itu dari nutfah (campuran air mani) untuk kami menguji mereka maka kami jadikan kepada mereka (alat) pendengaran dan penglihatan”.

Dengar dan lihat, dua natijah yang diperolehi dari nikmat telinga dan mata. Saya kira ia simbolik dari Tuhan kepada manusia bahawa ujian manusia yang paling hampir pada dirinya terletak pada dua perkara ini.

telinga

Dengar, ya dengar. Hasil dari penggunaan telinga menghasilkan pendengaran. simboliknya ialah manusia suka dan mahu suaranya di dengari. Mungkin juga suka agar namanya disebut-sebut dan dia rasa bangga bila namanya kedengaran di serata pelusuk bumi. Kerana itu juga bayi yang masih kecil menangis jika dia terasa tidak diperhati dan didengari, manusia menangis untuk menarik simpati dan pelbagai lagi dari kaedah dengar ini. Jelasnya, telinga dan dengar itu sebenarnya suatu ujian kepada manusia.

mata

‘Dari mata jatuh ke hati’. suatu ungkapan kata yang ada kebenarannya. dari suatu pandangan dari mata kita akan menyebabkan jiwa kita tak tenteram. Mata kalau terpandang sesuatu yang berkenan di hati, maka jiwa terasa tak senang hati. Mata melihat kesenangan orang, mula timbul rasa tak puas hati. mata lihat keindahan hak orang lain, keinginan memilikinya juga terdetik di hati. Mata melihat kerajaan negeri orang, hati mula dengki nak bawa lari. macam-macam lagi dari mata. Ya semuanya berpunca dari mata. Barangkali itu yang diingatkan Allah kepada kita setelah Dia sebut manusia akan diuji, lalu diberi mata dan telinga sebagai bahan terdekat untuk diuji.

bersambung…..

Kita Sekadar Mempunyai, Tidak Memiliki

Posted August 7, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda

“Ustaz, apa makna Islam yang sebenar?” soal seorang rakan pelajar di dalam kuliah. “Ya, Islam dari sudut literal ialah selamat dan sejahtera. maknanya sesiapa yang mahukan islam maka ia akan selamat dan sejahtera. Alah, macam di negeri ustazlah, Kedah Sejahtera sebab kita orang menerima Islam” ujarku. Islam jika dilihat dari sudut istilah pula ialah kita menyerah diri, tunduk dan patuh kepada Allah swt serta menyerahkan diri hanya kepadaNya’. “Apa yang kita dapat fahami dari perkataan menyerahkan diri?” soalku.

‘mungkin kita menyembah Allah kot Ustaz’ Jawab A. Rakan B pula mencelah ‘mungkin kita solat dan melakukan suruhan Allah’. C pula meyakinkan diri menyatakan’ hanya kepada Allah kita sembah dan meminta pertolongan’.

Hmm.. memang sering kali saya di dalam kuliah akan menggunakan pendekatan banyak bertanya kepada rakan-rakan pelajar supaya saya sentiasa dapat sentiasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih mesra. di samping kita dapat membina keyakinan kepada diri mereka untuk berinteraksi, kita juga sebenarnya telah mencabar minda mereka untuk berfikir dan menjawab pelbagai persoalan.

keta

“Sahabat sekalian. hakikatnya secara luaran kita merasakan kita memiliki sesuatu. Kita memiliki kereta, motorsikal, kesihatan, keluarga, kawan-kawan, dan pelbagai lagi. Namun hakikinya ialah kita hanya meminjam dari Allah. Kereta boleh rosak, motor boleh hilang, keluarga boleh mati, sihat jadi sakit… apa lagi? semuanya memang bukan milik kita. Habis apa yang kita ada???

sakit

‘kita tak da apa-apa la sebenarnya ustaz…’ kata seorang rakan pelajar.
“Ya! benar. kita tak memiliki apa-apa namun sebenarnya. Namun begitu, kita masih mempunyai. Kita hanya mempunyai Tuhan yang mentadbir, menjaga, memelihara dan menjadi penolong dan pembela kita. Itulah Allah yang segala-galanya adalah dari dan untuk Dia”.

“Sebab itu Nabi SAW ajar kat sahabat baginda supaya sentiasa menjaga Allah, maka nescaya Allah akan menjaga kita. Alangkah ruginya manusia ni bila kita tahu kita tidak memiliki apa-apa, dalam masa yang sama kita tak mempunyai apa-apa juga”.

“Sahabat, biarlah kita tidak memiliki apa-apa pun tapi kita masih mempunyai”

Ramai mengangguk tanda setuju. ada juga yang masih blur, mungkin sebab ayat saya kadang-kadang berbelit-belit nak bagi jadi ayat yang bombastik sampai rakan pelajar saya agak kurang memahami. huhu..

Semoga tahap pertama saya menyedarkan mereka akan menampakkan hasilnya nanti. Hmm.. boring juga bila lama tak jumpa rakan-rakan pelajar nih. maklumlah, kolej cuti seminggu sebab H1n1. yang cutinye student, staff dan pensyarah tetap berkerja seperti biasa. hmm, soalan mid-term pun dah nak siap. Moga cepat siap dan menepati kehendak J/Kuasa.

p/s: AlhamdulilLah, saya juga dah kenan demam 4 hari tapi dah sihat dan terus bersemangat untuk bersama di medan dakwah yang mencabar dan mencuit ini..

Pengalaman awal dai’e muda di alam realiti….

Posted July 29, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda

“Nama saya Mohd Farid Bin Din. Anda boleh panggil saya Ustaz Farid. Saya Pensyarah baru di kolej ini” ujar saya sebagai pembuka bicara sesi ta’aruf bersama para pelajar subjek pengajian islam. “Ustaz, tulis la nama ustaz kat whiteboard!” ujar seorang gadis yang agak manis. “Saya rasa tak perlu, anda semuakan sudah besar dan pandai. Anda eja lah sendiri” balas saya. “ustaz ni pekak ke ape? orang suruh tulis tu, tulislah!!!!”. Inilah ayat pertama yang saya dapat dari suatu kuliah yang sedang saya ajar. Saya hanya senyum. Teringat kisah Nabi dicaci maki, sungguh menginsafkan. Saya hanya berhadapan dengan adik-adik sebangsa saya. Sangat pilu dan memilukan kalau seorang dai’e melenting bila dikasari oleh mad’unya.

Saya teruskan kuliah saya dengan mula memperkenalkan diri dan latarbelakang pengajian. Kemudian meminta agar semua student saya memperkenalkan diri mereka. For sure, tak semua nama adik-adik saya dalam kuliah saya dapat ingat. Setahu saya saya mengajar hampir 400-500 orang students dari pelbagai bidang diploma mereka. Ada dari Diploma Syariah (Saya ajar Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh Muqarin dan B.Arab Komunikasi 5), dan sebahagian besar students Diploma Pengurusan Perniagaan semester 1 (subjek Pengajian Islam).

Namun, apa yang berlaku di hari pertama pengkuliahan saya ini sangat mematangkan saya. Saya cuba mengambil pendekatan bahawa mereka suka dilayan sebagaimana aku suka dilayan begitu sebaliknya. Pendekatan terbaik yang boleh digunakan ialah “make them as my friend”. Saya anggap dan layan mereka macam kawan-kawan. Saya juga berjiwa muda dan hakikatnya ialah memang masih muda. Orang muda hakikatnya sukakan sesuatu yang simple, sempoi dan smart!!!

Saya memulakan setiap kuliah yang baru saya masuki dengan membuat muhasabah ringan. Topiknya mudah, MATI!!! Ya, Mati. Mati adalah suatu realiti yang bakal setiap tempuhan. Mati adalah hak milik setiap insan. Setiap tujahan hati yang saya cuba berikan mesti dikaitkan dengan kematian. Ini kerana hanya dengan menjamahkan hati yang kayu dengan mati bakal menyegar dan menghidupkan hati yang separa mati dan strok!!!

Kini, adalah minggu kedua saya masuk kuliah. Perubahan yang baik sedang rancak berlaku. Ada para pelajar perempuan mula berkelubung ala ‘rosmah najib’ dan tak kurang juga ada yang kelubung kepala menggunakan baju mereka. Hakikatnya, mereka perlu dibimbing secara perlahan-lahan.Tak kurang juga ada yang mula serasi dengan ustaz muda ini. Saya sama sekali tidak menggunakan pendekatan sebagai ahli faqih yang terhormat dan perlu disanjung tinggi sebagaimana sebahagian manusia yang tak mengenal mad’unya. Siapalah saya untuk dihormati dan disanjungi?? Hakikat yang saya dapat lihat dari sanubari saya ialah mereka dahagakan kasih sayang, perhatian, dan pendekatan yang sesuai dengan jiwa mereka.

Dapatkan jiwa dan hati mereka dahulu, nescaya kamu akan dapat hormat mereka. Doakan saya untuk terus istiqamah berdakwah di sini. Saya yakin bahawa medan dakwah saya perlu bermula di sini. Mengenal dan memahami realiti mad’u muda di alam ini. Buat para dua’t yang masih meracau dan berapi-api, jangan padamkam semangat membara itu dengan air gaji yang menipu diri atau cuma duduk mencangkung di kampung sendiri, menanti dan menanti bila mad’u datang menyerah diri!!!!.